VCM LANCAR XC60 – 3 VARIAN, BERMULA RM298,888 SEUNIT

SHARE

Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini melancarkan SUV kompak popularnya, XC60 yang didatangkan dalam tiga varian.

Varian XC60 adalah seperti berikut:

  • XC60 T8 Twin Engine Inscription Plus: RM343,888
  • XC60 T8 Twin Engine Inscription: RM333,888
  • XC60 T5: RM298,888

XC60 T5 dan XC60 T8 Twin Engine Inscription merupakan model pemasangan tempatan (CKD). Sementara XC60 T8 Twin Engine Inscription Plus ialah model import sepenuhnya (CBU) dari Sweden.

Isuzu Dmax Desktop

Model CKD akan mula diserahkan kepada pelanggan mulai April. 

Model ini akan menggantikan XC60 sebelum ini yang berjaya dijual hampir satu juta unit di seluruh dunia dan mewakili 30 peratus jaualan keseluruhan Volvo.

Dibina di atas platform Scalable Product Architecture (SPA), XC60 mengekalkan perkadaran yang menarik, bersama reka bentuk ekspresif pada bahagian luaran dan dalamannya.

Tipikal sebuah Volvo, aspek keselamatan sememangnya menjadi keutamaan. Mempererolah 98 peratus dalam kategori Penumpang Dewasa dan skor 95 peratus untuk kelas kenderaan off-road bersaiz besar, XC60 dianugerahkan Prestasi Keseluruhan Terbaik daripada Euro NCAP 2017.

Intellisafe yang terdiri daripada rangkaian sistem keselamatan aktif dan preventif didatangkan sebagai satu ciri standard. Antaranya termasuklah sistem keselamatan City Safety yang merangkumi ciri Autonomous Emergency Braking, BLIS, Rear Collision Warning dan Mitigation serta banyak lagi.   

Dari segi prestasi, enjin T8 Twin menggabungkan sistem pengecas turbo, pengecas lampau dan motor elektrik. Mampu menjana kuasa mencecah 407hp dan tork 640Nm, kuasa itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear automatik lapan kelajuan.

XC60 dengan enjin T8 Twin didatangkan dalam dua kemasan iaitu Inscription dan Inscription Plus. Sebagai varian tertinggi, Inscription Plus dilengkapi system bunyi premium daripada Bowers & Wilkins dengan 15 unit pembesar suara.

Pelanggan boleh memilih daripada lima pilihan warna – putih, perak, kelabu, hitam dan coklat. Sebagai maklum balas daripada pelanggan, VCM kini menawarkan upholsteri kulit berwarna coklat, selain warna hitam.   

GALERI 

Share this post

scroll to top