BuletinMotosikal

VESPA MALAYSIA LANCAR EDISI “MALAM” UNTUK VALENTINE DAY!

Nak buat sesuatu yang istimewa untuk makwe atau boyfriend ada? Hadiahkan dia dengan model Vespa yang ini. Ia bukan Vespa biasa-biasa. Ia Vespa edisi khas Notte Edition yang baru sahaja dilancarkan oleh Naza Premira Sdn Bhd.

Terdapat dua pilihan yang ditawarkan iaitu Vespa Notte GTS Super 300 ABS dan Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS.

“Notte” dalam Bahasa Itali bermaksud “malam”. Ia didatangkan dengan grafik hitam bersama kerangka hitam yang digandingkan dengan hitam kilat pada bahagian cermin dan kemasan lain seperti “tie” pembias udara hadapan, trim di penghujung bar hendal, pemijak kaki bolehlipat, rim hitam kilat dan pelindung peredam bunyi.

Vespa Notte GTS Super 300 ABS didatangkan dengan empat lejang satu selinder suntikan bahanapi elektronik yang menghasilkan 15.6Kw pada 7,750rpm dan tork 22Nm pada 5,500rpm. Vespa Malaysia hanya menawarkan 19 unit sahaja model ini untuk pasaran tempatan.

Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS didatangkan dengan enjin satu selinder i-get yang menghasilkan 9.5Kw pada 7,750 dan tork pada 12.8Nm pada 6,500rpm. Hanya 52 unit sahaja yang bakal ditawarkan. Jadi. jangan tunggu lagi kalau nak beli.

Berikut adalah harga jualan bagi

  • Vespa Notte GTS Super 300 ABS – RM29,000
  • Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS – RM17,700

GALERI

Google ads
Back to top button