Buletin

VGM LANCAR KEMUDAHAN 3S DI MELAKA

N3 Auto telah melancarkan sebuah bilik pameran serba baharu di Jalan Bukit Palah, tengah Melaka.

VGM-3S-Melaka-mekanika (2)

Kemudahan 3S (servis, jualan dan alat ganti) itu dirasmikan oleh Pengurus Besar N3 Auto, Chua Beng Poh dan Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia (VGM), Armin Keller.

“Kami telah berjaya mereka bentuk satu ruang yang membolehkan kami menawarkan pengalaman paling komprehensif kepada para pelanggan,” kata Chua.

VGM-3S-Melaka-mekanika (5)

Dalam ucapan alu-aluannya, Armin Keller berkata “Volkswagen dan rakan-rakan kekal komited sentiasa berpegang kepada janji iaitu ‘Sentiasa di Sisi Anda’. Kami juga menjalin kerjasama rapat untuk memastikan kami mampu memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik buat para pelanggan di Malaysia.

Pada tahun 2015, VGM akan mengembangkan rangkaian pengedaran untuk meningkatkan kapasiti dalam usaha memberi perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan sedia ada. Selain menarik minat serta mendapatkan generasi baharu pemilik kenderaan Volkswagen.

VGM-3S-Melaka-mekanika (7)

Bilik pameran yang memiliki keluasan 3,720 meter persegi itu menyediakan ruang untuk mempamerkan sehingga 12 kenderaan Volkswagen. Ia juga mempunyai satu ruang santai buat pelanggan dan 15 tempat penyelenggaraan.

Kemudahan ini membolehkan pengunjung melihat sendiri kenderaan-kenderaan secara lebih dekat dan menikmati servis yang lebih pantas.  Bilik pameran ini juga menawarkan atmosfera yang menyenangkan untuk pelanggan berpotensi dan sedia ada Volkswagen.

VGM-3S-Melaka-mekanika (1)

Berikutan pelancaran bilik pameran ini di Melaka, Volkswagen kini dalam usaha untuk membangunkan pusat pengedaran tambahan di seluruh Malaysia. Volkswagen merancang untuk membuka empat lagi kemudahan 3S menjelang akhir tahun 2015.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button