DEMAM PERODUA VIVA AVY TURBO – ABANG BOMBA I LOVE YOU!

SHARE

Menjadikan dunia modifikasi itu indah adalah warnanya. Ia bersifat umum dan tidak khusus kepada golongan tertentu. Kalau untuk kereta lama, tak semestinya dimainkan oleh mereka yang berumur saja. Begitu juga dengan kereta dari segmen yang lain.

Secara tak sengaja, saya telah dipertemukan dengan Abang Hussin, seorang pesara bomba yang juga pemilik Perodua Viva ini. Jika umur jadi ukuran, mungkin nampak tak ngam. Tapi kalau dah suka dan minat, status tersebut bukan penghalang untuk beliau berkecimpung dalam dunia modifikasi k-kar seperti ini.

BACA: VIVA EMAS AVY TURBO

Acaner Abang Hussin boleh terjebak? Kisah bermula apabila enjin asal yang digunakan, tiba-tiba merajuk macam Amira Othman. Nak cari enjin kosong macam tak berbaloi, maka ia telah digantikan dengan enjin turbo EF-DET dari Mira Avy RS. Memadai dengan kuasa yang ada, satu-satunya komponen yang ditingkat taraf adalah, penggunaan injap pelepas jenis HKS SSQV.

OK, enjin dah siap. Bila balik rumah, boleh pulak terbayang-bayang rupa Mira Avy yang dilihatnya di kedai Angah. Apa mau kata, ulat daun dah naik mata. Lepas congak punya congak, Abang Hussin akhirnya kembali ke Tora Tora Motorsport untuk proses naik taraf seterusnya.

Disebabkan Viva berkongsi casis yang sama dengan Mira Avy, konsep salinan JDM seperti ini tidak memerlukan perubahan yang besar. Yang besar cuma modalnya, memandangkan sesetengah komponen ini mempunyai permintaan yang agak tinggi.

Hampir kesemuanya disalin dengan komponen milik Mira Avy RS, meliputi keseluruhan bahagian depan, sisi dan belakang. Paling kacak, dia punya spoiler yang bercantum terus dengan lampu belakang. Beberapa perkakasan tambahan juga dipasang seperti lip janggut pada bampar depan, skup berkrom, serta rangkaian aksesori yang lain.

Tidak lengkap sesebuah modifikasi itu jika bahagian rodanya tidak diusik. Untuk itu, ia telah diserikan dengan rim 15-inci Volk Racing RE30 yang dibalut tayar Silverstone bersaiz 175/50R-15. Besar jugak tuh. Kedudukan kereta kemudian ditongkat menggunakan set suspensi boleh laras dari HWL, sekaligus merubah karektor pengendalian secara keseluruhan.

Seperti luar, bahagian dalam juga tidak ketinggalan menerima salinan komponen Mira Avy RS untuk papan pemuka, stereng, tempat duduk dan panel pintu. Ia turut diserikan dengan sarung tempat duduk Mira serta trim jenis walnut di sana-sini. Juga kelihatan, deretan gajet elektronik seperti meter tambahan ZerOne, unit RSM Apexi, serta set audio jenama Carrozzeria.

Sekarang ni, ramai pemilik Axia tengah demam dengan salinan Agya dan Ayla. Bukan sebab JDM macam Avy dah tak lawa, tapi atas maksud inginkan kelainan. Memang hebat betul penangan kereta kecik nih…

 -PAK MAUN-

 

GALERI

(Visited 1,710 times, 100 visits today)

Share this post

scroll to top