VOLKSWAGEN JETTA GLI 2019 – GOLF GTI SEDAN UNTUK AMERIKA

SHARE

Seperti dijangka, Volkswagen mendedahkan model Jetta GLI 2019 pada acara Chicago Auto Show.

Ini merupakan Jetta generasi ketujuh selepas melakukan debut pada tahun 1984.

Apa yang menarik ialah model ini boleh disifatkan sebagai Golf GTI, tetapi dalam bentuk sedan. Ia menggunakan enjin sama pada Golf GTI iaitu enjin turbo 2.0 liter sebarus berkuasa 228hp dan tork 350Nm.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Pengguna boleh memilih sama ada kotak gear manual enam kelajuan atau klac berkembar automatik tujuh kelajuan. Tidak ketinggalan ciri limited-slip differential yang dikawal secara elektronik dan rak stereng boleh ubah.

Sebagai model berprestasi tinggi, Jetta GLI hadir dengan beberapa gayaan dan ciri yang ada pada GTI dan R. Antaranya gril berbentuk sarang lebah, kemasan garis dan angkup brek berwarna merah.

Ia juga 0.6 inci lebih rendah berbanding Jetta biasa kerana dipasang dengan suspensi sports jenis multilink di belakang dan topang untuk roda hadapan.

Brek pula berkongsi dengan apa yang digunakan pada model GTI dan R dengan rotor bersaiz 13.4 inci di hadapan.

Model ulang tahun ke-35 hadir dengan suspensi adaptif DCC, lampu utama projektor LED dan rim 18 inci sebagai ciri standard.

Sama seperti Golf GTI, ruang dalaman Jetta GLI dilengkapi kemasan serta jahitan benang merah pada stereng, perehat tangan, tempat duduk dan karpet lantai.  

Ruang itu dibezakan lagi dengan grafik baru pada paparan digital dan lampu pencahayaan berwarna merah. Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan ciri tambahan separti sistem BeatsAudio 400 watt dan banyak lagi.

Volkswagen dijangka menawarkan Jetta GLI kepada pengguna di Amerika Syarikat pada musim bunga ini.

GALERI

Share this post

scroll to top