Buletin

VOLKSWAGEN PERKENAL PROGRAM PAKAR

Sebagai sebahagian daripada inisiatif khidmat selepas jualannya, Volkswagen hari ini memperkenalkan program Pakar Volkswagen (Volkswagen Experts) di Malaysia. 

volkswagen-experts-mekanika (2)

Program ini melibatkan  sepuluh orang juruteknik pakar yang bertauliah dari Jerman, lebih dikenali sebagai Pakar Volkswagen. Mereka akan bekerjasama rapat dengan para pengedar tempatan untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan di Malaysia.

Sepuluh orang Pakar Volkswagen ini bakal ditempatkan di beberapa pusat servis terpilih untuk memahami dan mengajar juruteknik tempatan dalam usaha mengenal pasti serta membaiki masalah kenderaan yang dihadapi oleh para pemilik kereta Volkswagen. 

volkswagen-experts-mekanika (5)

Mereka akan berada di pusat-pusat pengedar ini selama dua minggu secara bergilir-gilir bagi memastikan tiada pusat servis yang tertinggal. Menerusi insiatif ini, Volkswagen Malaysia komited untuk menambah baik kemampuan servis para pengedarnya demi pertumbuhan serta kecekapan dalam  jangka masa panjang.

“Volkswagen Malaysia akan terus melabur dalam aspek latihan dan pembangunan juruteknik di semua pengedar sah kami, demi meningkatkan lagi  pengalaman selepas jualan para pelanggan.

“Juruteknik yang terlatih dan berpengalaman ini akan memainkan peranan penting dalam menawarkan standard servis paling tinggi kepada para pelanggan,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

volkswagen-experts-mekanika (3)

Pakar Volkswagen ini juga akan menyokong para pengedar dengan mengajar juruteknik servis, selain  menggalakkan mereka untuk terus menimba ilmu serta menguasai kemahiran-kemahiran baharu.

Sebagai maklum balas kepada perlunya kakitangan selepas jualan yang terlatih, Pakar Volkswagen akan turut membantu dalam melatih dan membangunkan kemahiran khidmat selepas jualan yang berkualiti. Kemahiran ini pastinya akan melengkapkan lagi para juruteknik tempatan dengan ilmu sewajarnya untuk menangani keperluan yang kian meningkat daripada pelanggan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button