Buletin

VOLKSWAGEN PERKENAL RANGKAIAN MODEL JOIN – 25 UNIT SAHAJA, EKSLUSIF DI LAZADA

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan satu siri model edisi khas yang dikenali sebagai ‘JOIN’.

Pelancaran rangkaian model edisi khas ‘JOIN’ diadakan sempena acara Volkswagen Fest 2018 yang berlangsung mulai 12 hingga 14 Oktober di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Rangkaian ‘JOIN’ ialah pakej aksesori yang ditawarkan ke atas model-model utama Volkswagen seperti Polo, Vento Comfortline dan Highline, Tiguan Highline serta Passat Comfortline.

Aksesori ‘JOIN’ merangkumi plat sisi, spoiler belakang, kemasan trunk, VW Tint dan pelbagai penambahan eksklusif bernilai sehingga RM12,000 bergantung kepada model.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa rangkaian ‘JOIN’ mengukuhkan lagi komitmen Volkswagen untuk menawarkan pilihan produk yang lebih luas kepada pengguna di Malaysia.

“Walaupun model-model utama kami sudahpun popular, kami percaya pelanggan tetap mahukan sentuhan yang eksklusif ke atas kereta mereka.”

Sempena pengenalan rangkaian ‘JOIN’, Volkswagen dan Lazada sekali lagi bekerjasama untuk menyediakan satu tawaran istimewa kepada rakyat Malaysia.

Sebanyak 25 unit model JOIN akan dijual secara eksklusif di laman web Lazada bermula 12 hingga 18 Oktober 2018. Pelanggan hanya perlu membayar harga kereta untuk menerima pakej aksesori ‘JOIN’ secara percuma.

Untuk membuat tempahan, pelanggan perlu membuat bayaran sebanyak RM799 (untuk model Polo JOIN dan Vento JOIN) atau RM1,699 bagi model Passat Comfortline JOIN dan Tiguan JOIN menerusi Lazada Wallet, kad kredit atau perbankan dalam talian.

Kemudian, mereka akan menerima panggilan daripada wakil Volkswagen untuk memilih pengedar yang diingini, seterusnya melengkapkan urusan pendaftaran dan penyerahan kenderaan tersebut.

Mereka yang berminat membeli mana-mana model dengan pakej ‘JOIN’ boleh melayari laman web: https://www.lazada.com.my/shop/volkswagen-passenger-cars-malaysia/  untuk maklumat lanjut.

Polo ‘JOIN’ – Harga RM81,990*

Pilihan warna: putih (Candy White), kelabu (Carbon Steel Grey), merah (Flash Red) dan perak (Reflex Silver).

 Polo yang kecil tetapi lasak ini sangat sesuai untuk pemanduan di bandar. Polo ‘JOIN’ hadir bersama aksesori tambahan seperti plat sisi, kemasan trunk, spoiler belakang berwarna hitam, kemasan sisi, tempat duduk dibalut kulit dan VW Tint bernilai RM7,000.

Dilengkapi enjin petrol Multi Point Injection (MPI) 16 injap pancitan bahan api serta transmisi automatik 6-kelajuan dengan Tiptronic dan sport mode, Polo 1.6l menawarkan tork maksimum 153Nm pada putaran enjin serendah 3,800rpm.

Polo 1.6l dipasang dengan sistem infotaimen RCD 340G baharu yang menawarkan pelbagai pilihan ketersambungan seperti USB dan antara muka iPod, sokongan AUX-IN, slot kad SD serta App-Connect (CarPlay, Android Auto dan Mirrorlink).

Vento Comfortline dan Highline ‘JOIN’ – Harga RM91,690* dan RM98,490*

Pilihan warna: Putih (Candy White) dan kelabu (Carbon Steel Grey) – Vento Comfortline

Kelabu (Carbon Steel Grey) dan hitam (Deep Black) – Vento Highline

Apabila menyentuh tentang penampilan, Vento menyerlahkan DNA rekaan Volkswagen yang menyeimbangi aspek bentuk dan fungsi dengan sempurna.

Kedua-dua varian Vento ini ditawarkan dengan aksesori ‘JOIN’ yang terdiri daripada kemasan trunk, spoiler belakang, kemasan sisi, plat sisi, tempat duduk dibalut kulit dan VW Tint bernilai RM7,000.

Vento Highline dikuasakan oleh enjin TSI 1.2l pengecas turbo pancitan terus berkuasa 105PS yang memenangi anugerah. Dipadankan dengan transmisi DSG 7-kelajuan automatik (bersama spoert mode) dan tork maksimum 175Nm di antara 1,550 – 4,100rpm, Vento ialah sedan yang mempunyai kuasa tork paling tinggi dalam kelasnya.

Vento Comfortline dijana oleh enjin Multi Point Injection (MPI) 1.6l berkuasa 105PS yang dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan. Tork maksimum 153Nm boleh dicapai pada 3,800rpm dan penggunaan bahan api adalah sekitar 6.5l bagi setiap 100km.

Tiguan Highline ‘JOIN’ – Harga RM175,990*

Pilihan warna: hitam (Deep Black), putih (Pure White) dan perak (Tungsten Silver).

Tiguan merupakan SUV Volkswagen yang paling berjaya dengan lebih 2.8 juta unit sudah terjual di seluruh dunia. Tiguan JOIN didatangkan dengan elemen reka bentuk tambahan di hadapan, spoiler belakang, kemasan trunk, hujung ekzos krom, plat pelindung pada bahagian belakang, pemijak kaki dan VW Tint bernilai RM10,000.

Tiguan menggunakan gabungan enjin turbo TSI 1.4l dan kotak gear direct shift 6-kelajuan dengan sport mode untuk menawarkan output kuasa mengagumkan mencecah 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 8.9 saat sahaja.

Passat Comfortline ‘JOIN’ – Harga RM188,690*

Pilihan warna: hitam (Deep Black), kelabu (Manganese Grey), putih (Pure White) dan perak (Reflex Silver).

Model utama Volkswagen, Passat menampilkan reka bentuk menarik, enjin yang ekonomikal dan teknologi tercanggih. Varian Comfortline JOIN hadir bersama pedal sport aluminium, plat sisi, rim aloi Marseille 18” dan VW Tint bernilai RM 12,000.

Passat Comfortline dikuasakan oleh enjin pengecas turbo 1.8l TSI yang dipadankan dengan kotak gear direct shift 7-kelajuan bersama sport mode untuk menawarkan kuasa mengagumkan 180PS dan tork 250Nm di antara 1,250 hingga 5,000rpm.

Semua model JOIN turut ditawarkan dengan Skim Perlindungan Harga (PPS) Volkswagen. Ia sah ke atas semua kenderaan Volkswagen yang didaftarkan sebelum 30 November 2018 dan sehingga stok masih ada. Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, di samping jaminan kilang dan bantuan tepi jalan untuk 5 tempoh tahun.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

GALERI 

Google ads
Back to top button