VOLKSWAGEN PINTAS TOYOTA SEBAGAI PENGELUAR KENDERAAN TERBESAR DI DUNIA

SHARE

Setiap tahun, Kumpulan Volkswagen dan Toyota Motors bersaing merebut tempat pertama dalam pengeluaran automotif. Pada 2016, Toyota Motor Corporation dinobat sebagai pengeluar terbesa dengan jumlah jualan melebihi 10 juta unit di sleuruh dunia.

Walaupun bergelut dengan skandal disel yang menjejaskan reputasi mereka dengan teruk, Volkswagen bagaimanapun mencatat pertumbuhan luar biasa pada 2017. Mereka memintas Toyota sebagai pengeluar nombor satu di dunia.

Firma automotif Jerman itu mencatat jualan keseluruhan berjumlah 10.7 juta unit tahun lalu. Ia menggandakan keuntungan sehingga USD $264 billion (RM1,058 billion).

Peningkatan jualan kumpulan Volkswagen banyak disumbangkan oleh jualan Audi dan Porsche. Selain itu, peningkatan ini juga didorong oleh pertumbuhan permintaan di China dan Eropah.

Toyota, yang berada ditangga kedua masih unggul dengan peningkatan lebih 2 peratus berbanding tahun 2016. Toyota mencatat jualan keseluruhan sebanyak 10.35 juta unit bagi tahun kewangan berakhir 2017.

BACA: TOYOTA-JENAMA PALING BERNILAI

Adakah kejayaan Volkswagen sesuatu yang luar biasa?

Ya, kerana firma ini menanggung impak skandal disel yang teruk pada 2016. Di Amerika Syarikat sahaja, mereka terpaksa membayar USD$14.7 billion gantirugi akibat krisis tersebut. Itu belum termasuk terpaksa membeli semula kereta disel mereka yang telah dijual di pasaran.

Bulan lalu, bekas eksekutif kumpulan itu juga dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kerana terlibat secara langsung dalam skandal disel tersebut. Pendek kata Volkswagen berhadapan dengan tindakan undang-undang yang pelbagai dari segenap pelusuk dunia. Ia belum berakhir sepenuhnya.

Apapun, Syabas Volkswagen!

 

 

Share this post

scroll to top