Buletin

VOLKSWAGEN RAIKAN 40 TAHUN POLO

Tahun ini menyaksikan ulang tahun Volkswagen Polo yang ke-40. Hatchback ini membuat penampilan pertamanya pada tahun 1975 dan sejak itu telah mengumpul begitu ramai peminat.

VW-Polo-40-anniversary-mekanika (9)

Berada dalam generasi kelima, Polo ialah salah sebuah kereta penumpang terlaris keluaran Volkswagen di seluruh dunia. Pada tahun 2014, Malaysia memperkenalkan model Polo CKD, sekali gus membuatkannya lebih mudah diakses dan mampu milik.

“Sehingga hari ini, lebih 13,000 unit Polo telah terjual. Ia sememangnya sebuah kereta yang praktikal dan menyeronokkan,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

VW-Polo-40-anniversary-mekanika (1)

Bagi meraikan pencapaian bersejarah ini, Volkswagen Group Malaysia telah bekerjasama dengan jurufoto fesyen dan gaya hidup terkenal, Vincent Paul Yong daripada Vincent Paul Yong Photography (VPYP) untuk menghasilkan satu siri foto yang benar-benar menyerlahkan personaliti serta tenaga kereta ikonik ini.

Vincent berjaya menghidupkan Polo menerusi satu kisah bergambar yang menampilkan kereta itu bersama elemen muzik dan seni. Dengan bantuan dua orang DJ tempatan, LAPSAP serta artis graffiti Cloakwork, semangat kereta ini yang penuh warna-warni dirakam dengan begitu kreatif dan menyerlah.

VW-Polo-40-anniversary-mekanika (2)

Imej-imej itu dipamerkan pada pameran VPYP bertajuk WYSIWYG- What You See Is What You Get pada 21 hingga 30 Ogos 2015 bertempat di Art Printing Works (APW), Bangsar.

Para pengunjung boleh melihat hasil rakaman foto-foto Vincent yang luar biasa selama bertahun-tahun.  Selain imej-imej tersebut, sebuah Polo yang dibalut dengan warna krom juga pasti menarik perhatian.

VW-Polo-40-anniversary-mekanika (3)

Varian Polo Club bakal dilancarkan pada September bersama unit multimedia, navigasi dan filem tinted pada cerminnya. Polo Club akan ditawarkan pada harga RM88,888 manakala Polo Sedan Club pula berharga RM89,888 seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button