Buletin

VOLKSWAGEN SERAP HARGA 0% GST SEHINGGA 15 NOV 2018 – STOK TERHAD

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan lanjutan tempoh tanpa cukai untuk rangkaian modelnya menerusi Skim Perlindungan Harga.

Skim tersebut melibatkan semua model Volkswagen yang didaftarkan sekarang sehingga 15 November 2018, sehingga stok masih ada.

Dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018, perbezaan harga yang berdasarkan kepada harga 0% GST sekarang akan diserap oleh VPCM.

Skim itu melibatkan semua model yang dijual di Malaysia, sama ada pemasangan tempatan dan import. Namun begitu, stok adalah terhad dan pelanggan harus mengambil peluang ini untuk membuat tempahan sebuah Volkswagen baharu.

“Maklum balas sejak tiga bulan lalu berikutan pengumuman 0% GST sangat memberangsangkan. Kami cuba untuk memenuhi semua permintaan. Pengenalan Skim Perlindungan Harga merupakan satu cara VPCM untuk membuktikan bahawa kami sangat mengutamakan para pelanggan.

“Jadi, kami ingin menggesa pelanggan supaya membuat tempahan sekarang dan menikmati lanjutan tempoh tanpa cukai ini,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan pengilang dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button