Buletin

VOLVO CAR MALAYSIA LANCAR VOLVO MELAKA

Volvo Car Malaysia semalam melancarkan bilik terbaharu  di Jalan Tun Sri Lanang, Melaka, bersama pengedarnya Seong Hoe Motors Sdn. Bhd.

Pusat 3S itu dijangka dapat mengukuhkan jenama Volvo di negeri tersebut.

Volvo Car Malaysia mencatatkan perkembangan rangkaian pengedar yang pantas sejak program transformasinya dilaksakan leh Pengarah Urusannya Lennart Stegland, bermula dua tahun lalu.

Pelan transformasi itu menyaksikan implementasi standard pengedar yang baru iaitu Volvo Retail Experience (VRE). VRE merupakan satu standard komprehensif yang merangkumi aspek kritikal pengedaran. Bermula daripada penapilan dan suasana hinggalah kualiti servis kepada pelanggan.

“Kami fokus untuk menawarkan pengalaman yang konsisten. Kami mahu mengekalkan tarikan Scandinavian pada kereta, bilik pameran dan pusat servis,” kata aid Stegland. 

Volvo Melaka dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Seong Hoe Motors, Chua Beng Poh yang mempunyai pengalaman lebih 50 tahun dalam penjualan pelbagai jenama automotif Eropah.

Pusat 3S itu dilengkapi enam ruang servis yang turut boleh menerima model-model Plug-in Hybrid terkini Volvo seperti XC90, XC60 dan S90 T8 Twin Engine.

Volvo Melaka dibuka mulai jam 9:00 – 6:00 pm pada Isnin hingga Sabtu dan 11:00am hingga 5:00pm pada Ahad serta cuti umum.

GALERI

Google ads
Back to top button