VOLVO CARS MALAYSIA LANCAR VOLVO V40 FACELIFT, 245HP, 350NM – RM180,888

SHARE

Jika ada sebuah kereta wagon yang terus kekal dipasarkan di Malaysia maka ia adalah Volvo. Sejak dari zaman datuk nenek kita lagi, Volvo satu-satunya kereta jenama Eropah yang mengekalkan konsep mereka. Tidak banyak berubah sejak tahun 70-an hinggalah ke era dimiliki oleh syarikat China-Geely.

Falsafah pembikinan Volvo ini jugalah yang menjadikan mereka syarikat kereta mewah lain daripada yang lain. Ketika pembuat kereta lain peka tentang penjimatan bahanapi, enjin berkuasa dan pengendalian jitu, Volvo masih fokus dengan keselamatan. Itu menjadikan kereta mereka “malas”, lembap, berat tetapi dalam masa yang sama, sangat selamat.

Itu cerita dekad pra millenium. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Volvo mula memahami pembeli mereka. Kereta yang selamat tapi lemau tidak akan mampu menarik pembeli ke pusat pameran Volvo. Maka lahirlah enjin era Drive-E, sepertimana yang dipasangkan pada V40 ini.

Diperkenalkan pada 2012, Ini adalah kereta terakhir yang direka oleh Petrr Horbury sebelum beliau berpindah ke syarikat induknya Geely. Waktu dilancarkan, ia menggunakan enjin lima selinder T5 dari generasi D4. Kemudian pada 2014 ia diperbaharui dengan enjin Drive-E dan Malaysia menerima enjin ini pada tahun lepas.

BACA: VOLVO V90 DAN S90 DILANCARKAN

Enjin Drive-E itu mampu menghasilkan 245hp dan tork 350Nm. Pecutan 0-100km/j ialah 6.3 saat dan kelajuan maksimum 240km/j.

Enjin ini direka sejajar dengan keperluan teknologi hari ini. Walaupun menghasilkan lebih 32 kuasa kuda dan 50Nm tork berbanding enjin terdahulu. Drive-E mencatat penggunaan bahan api lebih baik iaitu sebanyak 6.1 liter bagi setiap 100km (16.4km/L). Ia juga menghasilkan emisi rendah pada 143 g/km.

Model facelift ini menampilkan beberapa perbezaan. Pada bahagian hadapan, kelihatan rekaan jeriji radiator yang baru yang digabungkan bersama sepasang lampu utama “Tukul Besi Thor” yang mula diperkenalkan pada model siri 90.

Model facelift ini juga dipasangkan dengan rim 17 inci rekaan baru. Bahagian dalaman menampilkan trim aluminium pada bahagian papan pemka. Sementara itu, warna tambahan yang diberi pilihan untuk model baru ini ialah Luminous Sand membarisi warna sedia ada iaitu Ice White, Onyx Black dan Osmium Grey.

Antara ciri menarik lain yang terdapat pada V40 ini ialah City Safety, Blind Spot Information System (BLIS), Cross Traffic Alert dan Park Assist Pilot. Ia boleh dimiliki dengan harga RM180,888 (harga tanpa insuran) termasuk 5-tahun waranti dan skim Bantuan Volvo-on- Call selama 5 tahun.

GALERI

(Visited 916 times, 916 visits today)

Share this post

scroll to top