Buletin

VOLVO DEDAH ENJIN BERKUASA 450HP

Volvo Car Group mengejutkan industri automotif dunia apabila mendedahkan konsep rangkaian kuasa Drive-E ciptaannya yang menggabungkan aspek prestasi dan penjimatan.  

Volvo Cars reveals 450 horsepower High Performance Drive-E Powertrain Concept

Enjin petrol empat silinder dengan triple boost itu didakwa mampu menjana kuasa tidak kurang daripada 450hp.

Berikutan kejayaan memperkenalkan rangkaian enjin Drive-E pada tahun lalu, pasukan rangkaian kuasa Volvo sekali lagi membuktikan kemampuan mereka dalam teknologi turbo dengan emisi rendah.

Volvo Cars reveals 450 horsepower High Performance Drive-E Powertrain Concept

“Apabila kami melancarkan keluarga rangkaian kuasa Drive-E, tujuannya adalah untuk menawarkan enjin empat silinder paling maju ke dalam industri. Ia berdasarkan kepada emisi dan penggunaan bahan api yang relatif kepada prestasi dan pemanduan,” kata Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Pembangunan Volvo Car Group, Dr. Peter Mertens.

Enjin berprestasi tinggi itu dibina berasaskan kepada satu set teknologi yang jarang ada pada enjin empat silinder. Ia menggunakan dua pengecas turbo selari, disuap oleh satu pemampat turbo. Udara yang termampat dari unit ini kemudian digunakan untuk enggerakkan pengecas turbo.

Volvo Cars reveals 450 horsepower High Performance Drive-E Powertrain Concept

Bahan api pula disalurkan oleh dua pam yang beroperasi pada tekanan 250 bar. Dengan kuasa sepadat ini, tiga boost dan sistem bahan api yang unik tersebut berupaya menawarkan pemanduan lancar tanpa sebarang masalah turbo lag, berbanding enjin mono-turbo.

Volvo Cars reveals 450 horsepower High Performance Drive-E Powertrain Concept

Enjin konsep ini mendapat perhatian dan penglibatan daripada pembekal-pembekal Volvo Cars seperti AVL, Denso serta Volvo Polestar Racing. Kolaborasi itu membolehkan teknologi-teknologi daripada pelumbaan dimasukkan ke dalam proses pembangunannya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button