Buletin

VOLVO DIUNDI SEBAGAI KERETA PALING CANTIK – ATASI JENAMA PREMIUM LAIN DI UK!

Volvo Cars sekarang ini berada di kemuncak kejayaan. Jualan kenderaannya semakin bertambah, reka bentuk menarik dan hadir dengan teknologi canggih.

Sejak kebelakangan ini juga Volvo Cars telah diiktiraf oleh pelbagai pakar industri termasuk memenangi Anugerah Kereta Dunia 2018 melalui model XC60.

Ini pula kemenangan yang disumbang oleh orang kebanyakan.

Dalam satu undian yang diadakan oleh CarBuyer di United Kingdom, Volvo telah meraih undi popular sebagai jenama kereta tercantik mengatasi Land Rover, Mercedes-Benz dan Audi.  

Menurut CarBuyer, pengundi menggemari koleksi produk Scandinavian yang cool dan elegan. Sebelum itu lagi, pakar industri di Eropah turut memperakui Volvo apabila XC40 dipilih sebagai Kereta Eropah Tahun 2018.

Lebih dari seribu orang mengambil bahagian dalam pengundian oleh CarBuyer ini.

Di antara keunikan kenderaan terbaru Volvo ialah susunan reka bentuk yang tersusun dan tidak ‘bersepah’. Ini membolehkan pengalaman pemanduan menjadi lebih ringkas dan mengurangkan gangguan supaya pemandu dapat memberi perhatian ke jalan raya.

Konsep ini bukan sahaja dibantu oleh reka bentuk tetapi juga melalui penggunaan teknologi seperti skrin sesentuh Sensus dan sistem kawalan suara. Kedua-dua teknologi ini berjaya mengurangkan pelbagai butan dan suis pada papan pemuka.

Selain itu, Volvo turut memberi perhatian kepada alam semula jadi seperti penggunaan kayu asli dan kulit sebagai lambang kepada kualiti, seni kerja dan sofistikated.

Pengalaman pemanduan serta keunikan model terbaru Volvo boleh dibaca dan dihayati melalui pandu uji Volvo XC90 seperti di bawah: 

PANDU UJI VOLVO XC90 T8 – MODEL ERA BAHARU YANG MEMBUKA MATA RAMAI!

Google ads
Back to top button