BuletinModifikasi

VOLVO KLASIK PV444

Volvo PV444 adalah pemula dan simbol kepada era Volvo yang baru selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

volvo-PV444-mekanika (7)

Model itu juga penting kerana menjadi pemangkin kepada eksport kenderaan jenama dari Sweden tersebut ke pasaran Amerika Syarikat.

1 September depan menandakan ulang-tahun ke-70 jentera itu. Justeru, satu pameran model Volvo PV444 dan Volvo PV60 bakal dilangsungkan di Dewan Tenis Diraja di Stockholm, Sweden.

volvo-PV444-mekanika (4)

Apabila PV444 didedahkan pada September 1944, kerja-kerja pembangunannya hanya berjalan selama beberapa tahun dan melibatkan sekitar 40 orang pereka bentuk. PV444 bukan sahaja kereta kecil pertama yang dihasilkan oleh Volvo. Malah ia merupakan kereta pertama yang menggunakan badan monocoque.

Enjin empat silinder bersesaran 1.4 liter dengan kuasa 40hp digunakan. Bahagian luarannya dicat dengan warna hitam. Sementara kemasan besi di ruang kabin berwarna hijau.

volvo-PV444-mekanika (2)

Model kompak itu mengukuhkan eksport Volvo ke luar negara. Majalah Ratten melaporkan, “PV444 membuatkan rakyat Sweden dan negara-negara lain gembira kerana ia menandakan dunia kini kembali aman.”

Pada 15 Ogos 1955, penghantaran pertama PV444 tiba di Los Angeles. Setahun kemudian, Volvo menjadi jenama import kedua paling popular di California.

volvo-PV444-mekanika (6)

Sehingga tahun 1958, hampir 200,000 unit PV444 berjaya dihasilkan. Model PV544 yang telah dimodenkan pula dikilangkan hingga tahun 1965.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button