Buletin

VOLVO TAWAR VOLVO S90 & VOLVO V90 R-DESIGN

Model Volvo S90 dan Volvo V90 2017 kini hadir dalam spesifikasi R-Design. Sama seperti XC90 R-Design, kedua-dua jentera itu pastinya lebih seksi yang sporty berbanding varian biasa.

2017-Volvo-S90-V90-R-Design-mekanika (3)

Antara penambahan pada R-Design ialah bampar hadapan dan belakang dengan kemasa hitam yang telah direka semula. Selain gril hadapan lebih agresif dan rim lima jejari matte yang dipotong menggunakan permata.

Pada ruang kabin, S90 dan V90 R-Design menerima tempat duduk berkontur, stereng sports dan kemasan gentian karbon yang sangat cantik. Sentuhan lain yang turut diberikan ialah lampu ambien, pedal dan karpet sports.

2017-Volvo-S90-V90-R-Design-mekanika (1)

Model-model ini ditawarkan dengan banyak pilihan enjin seperti D4, D5, T5, T8 dan rangkaian kuasa plug-in hybrid T8 Twin Engine. Dari segi kuasa pula, enjin tersebut mampu menjana 187hp, 232hp, 240hp, 250hp, 316hp dan 394hp.

Tidak cukup? Pakej R-Design didatangkan dengan casis sporty yang menawarkan kualiti pemanduan mantap.

2017-Volvo-S90-V90-R-Design-mekanika (5)

“R-Design menyerlahkan lagi model sedan dan Wagin 90 Series. Ia jelas menggabungkan kualiti pemanduan yang lebih sporty dan responsif bersama gayaan menarik,” kata Naib Presiden Kanan Pemasan dan Khidmat Pelanggan Volvo Cars, Björn Annwall.

Google ads
Back to top button