Buletin

VOLVO TRUCKS UMUM JUARA FUELWATCH 2014!

Volvo Malaysia memulakan pencarian pemandu trak yang paling menjimatkan bahan api di Malaysia selama dua bulan melalui pertandingan penjimatan bahan api tahunannya, Cabaran Fuelwatch 2014. 

Volvo-fuelwatch-winner-mekanika (3)

Baru-baru ini, pencarian itu berakhir apabila seorang pemandu trak yang paling menjimatkan bahan api di Malaysia dinobatkan dalam satu majlis Makan Malam Gala yang diadakan di Holiday Inn.

Hampir 800 orang pemandu trak mengambil bahagian dalam cabaran yang memerlukan mereka menjalani satu siri ujian bertulis mengenai latihan pemandu sebelum layak ke pusingan separuh akhir.

Volvo-fuelwatch-winner-mekanika (7)

Daripada jumlah tersebut, hanya 20 orang peserta disenarai pendek untuk satu cabaran pemanduan sebenar pada peringkat separuh akhir, di mana tiga pemandu yang paling berkemahiran melangkah dan bersaing di peringkat akhir.

Di peringkat akhir, juara dipilih berdasarkan kepada peratus penggunaan bahan api paling rendah dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Turut dinilai adalah semua teknik pemanduan selamat yang diaplikasikan.

Volvo-fuelwatch-winner-mekanika (6)

Berjaya mencatat penggunaan bahan api terendah dalam cabaran pemanduan sejauh 40 kilometer di peringkat akhir, Ahmad bin Osman daripada syarikat Logistik Petikemas Sdn. Bhd dari Prai muncul sebagai juara Cabaran Fuelwatch pada tahun ini.

Beliau berjaya mencatatkan keputusan mengagumkan iaitu 2.52 kilometer dengan hanya menggunakan satu liter bahan api ketika memandu sebuah trak Volvo dengan kontena sepanjang 40 kaki seberat 20 tan.

Volvo-fuelwatch-winner-mekanika (4)

Selaku juara kebangsaan dan duta Fuelwatch seterusnya, Ahmad bakal mewakili Malaysia dalam acara Fuelwatch APAC Peringkat Akhir Dunia yang akan diadakan di tempat kelahiran Volvo, Gothenburg, Sweden pada September depan.

Tempat kedua milik Zaril Nisam bin Zakaria daripada Linfox Transport (M) Sdn Bhd (tempat kedua). Sementara En. Azrul Haiza bin Abdul Aziz daripada Vertex Mission Sdn. Bhd. berada di tempat ketiga. 

Volvo-fuelwatch-winner-mekanika (5)

“Selain daripada populariti cabaran ini, apa yang benar-benar ingin kami capai adalah mencetuskan perubahan positif dalam peranan pemandu trak dengan memperkasakan mereka melalui tingkah laku pemanduan yang selamat dan menjimatkan bahan api. Pemandu trak adalah penggerak ekonomi. Kami mahu mereka berasa bangga dan bertanggungjawab dengan tugas masing-masing,” kata Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson.

Cabaran Fuelwatch pada tahun ini disertakan sekali dengan Program Pembangunan Pemandu Volvo (Driver Development Programme) yang kini ditawarkan secara percuma kepada para pelanggan Volvo.

Volvo-fuelwatch-winner-mekanika (1)

Cabaran Fuelwatch disokong oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan (MOT). Semua maklumat, tips dan pengetahuan mengenai Fuelwatch boleh didapati oleh pemandu trak di Malaysia melalui Globe Truckers Club. Keahlian percuma kelab tersebut terbuka kepada SEMUA pemandu trak di Malaysia yang memiliki lesen trak Kelas E dan/atau GDL (bersendi) yang sah.

Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada laman Facebook rasmi Volvo Trucks Malaysia: www.facebook.com/VolvoTrucksMalaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button