BuletinMotosikal

VOLVO XC60 MENANGI ANUGERAH “WORLD CAR OF THE YEAR”,

Di pameran New York International Auto Show yang sedang berlangsung sekarang, pengumuman telah dibuat bagi anugerah kereta tahunan mengikut kategori. Volvo telah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan dan dinamakan sebagai World Car Of The Year menerusi model SUV terbaru mereka XC60.

XC60 telah menewaskan finalis “heavyweight” dalam satu pemilihan yang kritikal. Ia termasuklah Kia Stinger, Alfa Romeo Giulia, Nissan Leaf, the Range Rover Velar dan Mazda CX-5. 

Sebenarnya, ia adalah anugerah World Car of the Year yang pertama kali dimenangi Volvo dan kemenangan kedua selepas dianugerahkan sebagai North American Sport Utility of The Year pada awal tahun ini.

Selain XC60, Volvo juga memenangi anugerah European Car of the Year pada pameran Geneva Motor Show awal bulan ini. Lebih manis lagi, President dan CEO, Håkan Samuelsson Volvo dinobatkan sebagai World Car Person of the Year. Ia anugerah yang meniktiraf individu dalam sektor automotif paling berpengaruh pada tahun ini.

BAGAIMANA ANUGERAH INI DINILAI?

Kereta XC60 ini diundi keluar dariapda keseluruhan 34 buah kenderaan dalam senarai yang dipilih. Penjurian dibuat oleh 82 pakar automotif dari seluruh dunia.

Selain itu, kategori-kategori pemenang adalah seperti berikut

  • World Luxury Car of the Year – Audi A8
  • World Performance Car of the Year – BMW M5
  • World Green Car of the Year – Nissan Leaf
  • World Urban Car of the Year – Volkswagen Polo
  • World Car Design of the Year – Range Rover Velar.

 

 

Google ads
Back to top button