Buletin

VOLVO XC60 T5, XC60 T6 & V40 T5 DRIVE-E TERIMA STATUS EEV

Volvo Car Malaysia (VCM) semalam mengumumkan bahawa model kenderaannya yang dilengkapi rangkaian kuasa Drive-E telah diberi status Kenderaan Jimat Tenaga (EEV).Volvo-XC60-T6-mekanika (1)

Berikutan insentif yang diberikan oleh kerajaan ke atas EEV, maka VCM telah menyemak semula harga tiga model iaitu Volvo XC60 T6, Volvo XC60 T5 dan V40 T5 Drive-E seperti di bawah:

Model Harga runcit Harga dengan insentif EEV
XC60 T6 RM318,888 RM298,888
XC60 T5 RM288,888 RM266,888
V40 T5 Drive-E RM192,888 RM180,888

*harga di atas jalan tidak termasuk insurans, + GST.

Pemberian insentif ke atas kenderaan EEV merupakan satu bahagian penting dalam Dasar Automotif Negara (NAP). Ia bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai hab EEV di rantau ini.

batch_Volvo-XC60-T5-Drive-E-EEV-2016-mekanika

“Rangkaian kuasa Drive-E menawarkan kuasa dan penjimatan bahan api luar biasa kepada pengguna. Pada masa sama membawa keseronokan pemanduan ke satu tahap yang baru,” kata Pengarah Urusan VCM, Lennart Stegland.

Volvo kini komited ke arah penghasilan kenderaan sifar emisi menerusi pembangunan enjin modular (Drive-E) dan platform seni bina yang boleh diskala (SPA).

Harga baru ini berkuat kuasa semalam (12 Ogos 2016).

Google ads
Back to top button