Buletin

VOLVO XC90 R-DESIGN

Volvo Cars baru-baru ini mendedahkan foto XC90 versi R-Design yang disasarkan untuk pelanggan yang mahukan penampilan lebih sporty dan dinamik. 

The all-new Volvo XC90 R-Design

“Setiap perincian R-Design direka agar lebih individualistik dan halus demi memenuhi ekspektasi pelanggan,” kata Naib Presiden Kanan Pemasaran, Jualan dan Khidmat Pelanggan Volvo Car Group, Alain Visser.

Pengenalan versi R-Design dibuat selepas First Edition XC90 ditawarkan secara dalam talian. Kesemua 1,827 unit model tersebut habis dijual dalam tempoh 47 jam sahaja.

The all-new Volvo XC90 R-Design

Penampilan visualnya diserlahkan menerusi perincian-perincian seperti gril, spoiler hadapan, bingkai tingkap berwarna perak dan paip ekzos berkembar R-Design. Rupanya yang sporty dilengkapkan lagi dengan roof raild dan perumah cermin sisi berwarna perak. Pelanggan juga boleh memilih rim aloi bersaiz 20 atau 22 inci.

The all-new Volvo XC90 R-Design

Kualiti pemanduan yang dinamik pula diserlahkah menerusi ruang dalaman yang berorientasikan kepada pemandu. Ini termasuklah tempat duduk sports yang dibalut kulit Nubuck dan Nappa. Tidak terkecuali, tuil gear, pedal, karpet lantai dan tread plate yang diletak dengan logo R-Design. Pemandu juga akan diberi rantai kunci kulit R-Design yang eksklusif.

The all-new Volvo XC90 R-Design

Skrin sentuh seperti tablet bersaiz 12.3 inci yang diletakkan di konsol tengah juga dipasang. Paparan juga menampilkan motif R-Design yang unik. Skrin ini membolehkan pengguna mengoperasikan jentera ini dengan mudah, selain menawarkan akses kepada internet.

The all-new Volvo XC90 R-Design

Selain itu, rangkaian kuasa Drive-E powertrains yang menawarkan sehingga 400hp dan chasis serba baharu pastinya memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button