Buletin

VW BEETLE EDISI MERDEKA DAN JETTA ALLSTAR DIPERKENAL SEMPENA VW FEST

Sempena Volkswagen Fest yang dianjurkan di Setia City Convention Centre dari 11 hingga 13 Ogos 2017, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan dua model edisi khas baharu iaitu Jetta ALLSTAR dan Beetle Edisi Khas Merdeka ke-60 bagi meraikan sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-60.

Beetle Edisi Merdeka ke-60

Memandangkan rakyat Malaysia bakal meraikan hari kemerdekaan negara yang ke-60, VPCM memperkenalkan Beetle Edisi Merdeka ke-60 dalam jumlah terhad.

Sama seperti model Herbie Beetle yang ikonik dan disukai ramai, Merdeka Beetle hadir dengan pelekat nombor “60” pada bahagian hud dan sisinya.

Ciri-ciri Beetle Edisi Merdeka:

  • Hanya 16 unit sahaja
  • Stereng multi fungsi dibalut kulit, skrin sentuh ‘Composition Colour’ bersaiz 5.8 inci dengan USB, Bluetooth dan lapan unit pembesar suara
  • Tempat duduk dibalut dengan fabrik ‘Pepita’
  • Ditawarkan pada harga RM136,888*
  • Didatangkan dalam warna putih (Pure White) dan putih/perak (White Silver)

Beetle Edisi Merdeka dijana oleh enjin pengecas turbo TSI 1.2L dengan kuasa 105PS. Dipadankan dengan transmisi automatik 7 kelajuan DSG dan mampu menjana tork 175Nm, ia menjanjikan keseronokan pemanduan kepada pemiliknya.

Kesemua 16 unit hadir bersama jaminan selama lima tahun, cukai jalan untuk 60 bulan dan beg Beetle edisi terhad.

BACA: VW BEETLE LSR – PALING LAJU DI DUNIA, 330KM/J

Jetta ALLSTAR

Jetta ALLSTAR merupakan edisi terkini ALLSTAR yang dilancarkan oleh VPCM. Ia adalah tambahan kepada model Polo ALLSTAR diperkenalkan pada awal tahun ini dan diikuti oleh Vento ALLSTAR pada Jun lalu.

Jetta menggunakan enjin pengecas turbo tunggal 1.4L TSI dengan kotak gear direct shift (DSG) tujuh kelajuan yang telah ditambah baik. Ia mampu menjana kuasa mengagumkan mencecah 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 to 3,500rpm – menjadikannya kenderaan paling berkuasa dalam kelasnya.

Bukan itu sahaja, Jetta merupakan satu-satunya sedan dalam segmennya yang dilengkapi kotak gear tujuh kelajuan dan berupaya memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 8.6 saat sahaja. Biarpun memiliki prestasi sebegitu, Jetta menawarkan gabungan penggunaan bahan api sekitar 5.0l/100 km**

Berikut ialah ciri-ciri pada Jetta ALLSTAR:

  • Dilengkapi aksesori eksklusif bernilai RM3,000
  • Pedal sports aluminium, spoiler but belakang, plat sisi, emblem dan karpet lantai ‘ALLSTAR’
  • Harga bermula dari RM 109,990*
  • Empat warna pilihan: – putih (Candy White), kelabu (Platinum Grey), perak (Reflex Silver) dan hitam (Deep Black).

BACA: KERETA TERLARIS DI SWEDEN IALAH VW GOLF, BUKANNYA VOLVO

Volkswagen Fest 2017

Para pengunjung VW Fest 2017 berpeluang memandu uji pelbagai model Volkswagen, menikmati tawaran hebat, dan servis pertama secara percuma untuk kereta Volkswagen yang sudah didaftarkan.

Untuk pemilik Volkswagen, mereka boleh menjalani pemeriksaan 20-poin kenderaan secara percuma serta diskaun sebanyak 15 peratus ke atas alat ganti dan kos buruh.

Satu lagi acara istimewa pada Volkswagen Festival ialah perhimpunan kereta Volkswagen klasik dan terkini. Ini termasuklah model Beetle original dan van Kombi yang ikonik – ehsan daripada pemilik dan peminat Volkswagen dari seluruh negara.

—————

* Semua harga yang dinyatakan adalah harga runcit tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans.

* * Angka penjimatan bahan api diambil daripada kondisi ujian standard EU, ia mungkin tidak mewakili penggunaan bahan yang dicapai dalam pemanduan dunia sebenar.

Google ads
Back to top button