Buletin

VW DALAM LET’S CYCLE DI 8TV

Volkswagen Group Malaysia (VGM) baru-baru ini mengumumkan bahawa ia menjadi kereta rasmi untuk program realiti TV terbaharu yang diterbitkan oleh stesen televisyen 8TV bertajuk  ‘Let’s Cycle’. 

VW- 8TV-Mekanika  (1)

VGM akan menyediakan empat buah kenderaan sepanjang produksi program TV tersebut. Kenderan itu ialah model CKD Polo Sedan dan Polo 1.6 baharu, selain Cross Touran dan Tiguan.

VW- 8TV-Mekanika  (4)

“Portfolio produk Volkswagen menampilkan enjin yang berkuasa, pada masa sama cekap bahan api dan rendah emisi CO2 bagi mengikuti pendekatan Think Blue kami. 

VW- 8TV-Mekanika  (7)

Program ‘Let’s Cycle’ mempromosikan pendekatan kehidupan yang peka terhadap alam sekitar dan nyata selari dengan falsafah Think Blue kami.

“Ini merupakan satu peluang kolaborasi yang baik dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia mengenai pentingnya kelestarian dan penjagaan alam sekitar,” kata Pengarah Pemasaran dan Komunikasi VGM, Petra Schreiber.

VW- 8TV-Mekanika  (3)

Siri realiti TV yang melibatkan 13 episod itu akan menyaksikan personaliti tempatan,  Baki Zainal dan Rickman Chia merentasi laluan sejauh 2,315 km di semua 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia.

Sepanjang perjalanan tersebut, mereka bukan sahaja meneroka seluruh Semenanjung dengan berbasikal sambil mempromosikan gaya hidup sihat, malah meningkatkan kesedaran mengenai aktiviti-aktiviti yang bersifat mesra alam sekitar.  

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button