VW GOLF GTI TCR CONCEPT – RILEKS SUDAH, TAK PERLU SPOILER TINGGI

SHARE

Berbanding dengan kereta berprestasi Jepun, kereta beprestasi Eropah sebenarnya lebih rileks. Kereta Eropah lebih cenderung kepada sleeper look manakala kereta Jepun pula tampil dengan gayaan badan ekstrem.

Lihat sahaja Honda Civic Type R dengan spoiler tinggi dan bamper yang penuh dengan corong angin. Tradisi ini diamalkan turun-temurun sejak pesaingan hebat di antara Mitsubishi Evolution dan Subaru Impreza.

Pada 10 Mei lalu ada satu acara yang menghimpunkan peminat GTI dari serata dunia atau GTI Meeting. Program ini dianjurkan di Reifnitz am Wörthersee, Austria dan sempena acara istimewa itu, Volkswagen memperkenalkan sebuah model istimewa iaitu Golf GTI TCR Concept.

Isuzu Dmax Desktop

Ini adalah model istimewa sempena kemenangan VW Golf dalam perlumbaan TCR antarabangsa. Ia sebenarnya adalah versi halal kereta lumba GTI TCR.

Walaupun ini adalah replika kepada kereta lumba, ia tampil sederhana. Tiada spoiler tinggi atau bamper berlubang-lubang.

Model ini digerakkan oleh enjin turbo 2.0 berkuasa 290 PS dan tork 370 Nm. Model pacuan roda depan ini menggunakan transmisi 7 kelajuan klac berkembar (DSG) dan locking differential untuk cengkaman yang lebih baik.

Satu perkara menarik ialah, kelajuan maksimum model ini boleh diubah. Pada tetapan standard, model ini boleh mencecah kelajuan 250 km/j dan boleh ditingkatkan lagi kepada 264 km/j dengan ‘membuang’ penghad kelajuan elektronik Vmax.

Angka kelajuan itu juga menjadikan ia sebagai Golf GTI terpantas dalam famili Golf yang ditawarkan sekarang.

Selain itu, Golf GTI TCR ini dilengkapi dengan dua radiator bagi memastikan sistem sejukan yang mencukupi untuk prestasi kereta.

Bukan setakat menjual kereta, VW turut memberikan perhatian lebih kepada pemilik apabila menawarkan pakej yang lebih hardcore.

Varian ini akan ditanggalkan fungsi had kelajuan Vmax dan dilengkapi tetapan chasis yang berbeza daripada GT lain. Ia juga dilengkapi talaan chasis yang lebih dinamik dan  adaptive chassis control (DCC).

Melalui sistem ini, pemandu boleh menikmati larasan berbeza penyerap hentak yang dikawal oleh elektrik dan sentuhan butang. 

Dari segi astetik, kereta ini dilengkapi dengan dua pilihan rim iaitu 18 inci Belvedere atau roda 19 inci sebagai pilihan. Di sebalk rim 19 inci tersimpan sistem brek dan berprestasi tinggi dengan cakera berlubang. 

Bahagian depan pula dilengkapi bamper rekaan baharu yang membezakan di antara Golf GTI dan versi TCR. Kit badan TCR ini nampak meriah berbanding Golf GTI yang nampak ringkas. Walaupun ini versi kereta lumba jalanan tetapi ia masih lagi ‘cool’ tanpa spoiler tinggi atau kit badan yang ekstrem.

BACA: VW T-ROC STAILO DENGAN GAYAAN R-LINE!

BACA: APA? PROTON IRIZ R5? PERODUA NAK BERLUMBA? INI PULA VW POLO GTI R5

Bahagian dalaman nampak meriah sikit dengan mainan warna kontra di antara merah dan hitam. Kerusi yang digunakan dibalut dengan corak rekaan baharu dengan gabungan material microfibre dan fabrik.

Kerusi pun sempoi juga sebab diikutkan VW mempunyai set kerusi bucket seperti model Golf R.

Ini lah dia modifikasi kilang versi VW. Ganas tapi ringkas. Sekali pandang mungkin biasa saja rasanya, dua tiga kali pandang nampak lawa pula sebab ia menggunakan konsep elegan. Lama-lama baru jatuh cinta. 

Share this post

scroll to top