VW MALAYSIA BUKA HAB ALAT GANTI

SHARE

Memandangkan kenderaan sudah menjadi sebahagian daripada hidup, maka adalah penting memastikan ia berada dalam kondisi terbaik. Apabila berlaku kerosakan, alat ganti perlu ditukar. Proses ini kadang kala mengambil masa lebih lama daripada yang sepatutnya. 

Volkswagen-Parts-Centre-shah-alam-mekanika (4)

Demi memendekkan tempoh menunggu, Volkswagen Malaysia telah menambah baik perkhidmatan selepas jualannya dengan menubuhkan Hab Alat Ganti di Shah Alam.

Ia dilihat sebagai pengembangan kepada Pusat Alat Ganti Volkswagen di Singapura,  satu kemudahan yang menguruskan pesanan dan penghantaran alat ganti pada setiap hari sejak Julai 2014.

SONY DSC

Pusat penyimpanan seluas 10,000 kaki persegi itu akan menerima alat ganti dari Singapura dan kilang Volkswagen di Kassel, Jerman.

Bagi menawarkan tempoh penghantaran yang efisien, Hab Alat Ganti ini akan bekerjasama rapat dengan hab di Singapura untuk memproses pesanan yang dihantar sebanyak dua kali sehari.  Pengedaran alat-alat ganti seperti fokus inventori pasaran, kempen dan alat ganti yang mempunyai pemintaan tinggi akan dihantar dua kali sehari ke para pengedar sama ada dari Singapura atau Shah Alam.

SONY DSC

“Dengan wujudnya integrasi di antara para pengedar dan Hab Alat Ganti, kami mampu mengurangkan tempoh menunggu secara signifikan. Justeru, prestasi kenderaan Volkswagen anda juga sentiasa berada dalam keadaan optimum,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller.

Share this post

scroll to top