Buletin

VW POLO HATCHBACK 1.6 – RM69,888 UNTUK TEMPOH TERHAD

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan bahawa Polo 1.6 Hatchback kini ditawarkan pada harga cuma RM69,888 (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran) untuk tempoh terhad.

Dengan harga itu, bayaran bulanan untuk kereta kompak urban itu hanyalah RM737. Ia menawarkan pemanduan yang menyeronokkan, tanpa berkompromi dari segi keselesaan, keselamatan dan kualiti.

Polo Hatchback digerakkan oleh enjin 16-Valve Multi Point Injection (MPI) bersesaran 1.6 liter yang dipadankan bersama kotak gear automatik enam kelajuan. Berkuasa 105PS dan tork 153Nm pada 3,800rpm ia mampu memberi penjimatan bahan api sekitar 6.3L bagi setiap 100km.

Jentera itu turut dilengkapi unit RCD 330G baharu yang menyediakan banyak pilihan ketersambungan. Hadir dengan skrin sentuh, ia mempunyai pemain cakera padat tunggal, WMA/MP3, USB, antara muka iPod, sokongan AUX-IN support, slot kad SD serta ketersambungan Bluetooth dan MirrorLink.

BACA: VW LANCAR POLO GT SEDAN DI RUSIA

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button