WAJAH PROTON SAGA 2016 YANG SEMAKIN JELAS

SHARE

Kalau ada anugerah pekerja yang paling tidak boleh rehat pada tahun ini, maka ia akan dimenangi oleh kakitangan Proton. Sejak model Perdana diperkenalkan Jun lalu, mereka belum dapat berehat langsung. Bulan lepas, mereka baru melancarkan Persona dan dalam 2 ke 3 minggu lagi, mereka akan memperkenalkan Saga pula. 

Perlu diakui bahawa Saga adalah produk penting Proton atau lebih tepat, PALING PENTING kerana dengan Saga lah Proton mampu terus bersaing pada hari ini. Saga mempunyai sejarah legasi yang panjang sejak pertama kali diperkenalkan pada 1985, bertukar empat muka kepada Iswara, LMSS dan LMST atau dikenali dengan Saga “kereta Kebal”

Proton-Saga-2016-leaked-mekanika (5)

Semakin dekat waktu pelancarannya, semakin banyak gambar Saga mula terdedah. Kelihatannya dari pelbagai sumber dan kebanyakannya berlatarbelakangnya kompaun kilang pengeluarannya di Shah Alam. Di sini, kelihatan imej-imej yang lebih jelas dari pelbagai sudut.

Kalau melihat kepada gambar-gambar ini, aspek estetika Saga kini semakin menarik. Rekaannya dilihat lebih matang, biarpun dibina di atas platform Saga sebelum ini. Pasukan rekabentuk telah mendapat rentak untuk menukar elemen “keluarga” kepada rekaan yang lebih sporty. Garis badan terutamanya sudut junam lampu belakang, rekaletak lampu utama dan juga kombinasi lampu belakang yang “tajam” membuatkannya tampak menarik.

saga

Sekurang-kurangnya begitulah apa yang kita nampak dalam gambaran foto spyshot ini.

Walaupun menjadi model paling mampu milik yang ditawarkan oleh Proton, namun ciri-ciri keselamatan tidak diketepikan. Dikhabarkan, Saga baru bakal dilengkapi sistem ESC dan indikator Eco Drive Assist untuk varian tertinggi. Manakala semua varian dikatakan menerima dua beg udara.

saga cuba (1)

Lampu hadapan jenis halogen itu kini hadir dengan reka bentuk lebih besar. Tidak ketinggalan, lampu kabus hadapan dan perumah cermin sisi yang lengkap bersama lampu isyarat membelok. Kini anda boleh tersenyum bila selisih dengan Honda City.

Proton-Saga-2016-leaked-mekanika (2)

Saga ini akan dijana oleh unit enjin VVT bersesaran 1.3 liter. Ia juga dipadankan dengan kotak gear CVT daripada Punch yang diperbaharui untuk mengurangkan masalah gegaran dan bunyi meraung-raung macam tak cukup gear itu. Jangan bimbang, Saga masih ada pilihan transmisi lima kelajuan manual. Enjin ini mampu menjana kuasa 95hp dan tork 120Nm.

Esok, kami akan mengujipandu Saga ini dalam sesi khas. Tapi maaf, tiada gambar dibenarkan dirakam dan laporannya hanya akan boleh disiarkan pada Jumaat petang. Jadi. Tunggu!!!!!

 

(Visited 172 times, 2 visits today)

Share this post

scroll to top