Artikel PilihanBuletin

WALAUPUN HANYA DIJUAL DI MALAYSIA, AXIA KERETA KETIGA TERLARIS DI ASEAN!

Focus2move, sebuah firma bebas yang mengumpul data-data kenderaan telah mengeluarkan senarai terkini jualan keseluruhan bagi negara-negara ASEAN bagi tahun 2018.

Seperti biasa, dari 10 tempat teratas, 4 daripadanya ialah jenama Toyota. Di tangga teratas, ia masih dipegang Toyota Hilux, diikuti di tangga kedua Isuzu D-Max. Kedua-dua kedudukan ini tidak berubah dari senarai yang dicatat pada 2017.

Namun ada sedikit kejutan di mana kereta yang dijual dalam satu negara mampu menduduki tempat ketiga. Ia adalah Perodua Axia. Dan jika Perodua dikira sebagai sebahagian dari keluarga Toyota bermakna 5 daripada 10 senarai kereta terlaris yang dijual di ASEAN ialah Toyota!

Hilux mendahului senarai dengan keseluruhan jualan sebanyak 152,054 units. Ia peningkatan sebanyak 24.9 peratus berbanding prestasi jualan tahun 2017.

Kekuatan permintaan berterusan di Thailand berjaya meletakkan Isuzu D-Max di tangga kedua dengan 134,902 unit, juga meningkat sebanyak 11.9 peratus berbanding 2017.

Perodua Axia berjaya dijual sebanyak 89,373 unit di tempat ketiga mewakili peningkatan sebanyak 33 peratus.

Axia yang hanya dijual di Malaysia itu ternyata lebih laris berbanding Toyota Vios yang menduduki tangga ke empat dengan catatan 82,866 unit. Bayangkan angka keseluruhan Vios yang dijual di Thailand, the FIlipina, Vietnam, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Laos, Singapura, Brunei dan Malaysia masih di bawah Axia!

Secara keseluruhannya, volume jualan keseluruhan dari negara ASEAN meningkat sebanyak 7.1 peratus dengan jualan akumulatif 2,942,980 unit (kecuali data dari Brunei dan Laos yang belum disahkan). Peningkatan ketara ialah di pasaran Thailand dan juga Indonesia. Masing-masing 13.9 peratus dan 7.9 peratus.

Berikut adalah 10 model paling laris di ASEAN untuk 2018.

Google ads
Back to top button