WALAUPUN NISSAN TERRA AKAN DIPASANG DI THAILAND, MALAYSIA TIADA DALAM SENARAI

SHARE

Nissan Motor Corporation dilapor merancang untuk mengilang SUV Terra di kilangnya di Samut Prakan, Thailand dalam usaha memenuhi permintaan pelangga di pasara Asia Tenggara.

Menurut Nissan, pelancaran Terra yang merupakan sebahagian daripada komitmenya terhadap rantau ini. Nissan sudahpun melancarkan Terra di Filipina dengan penghantaran pertama dijadual bermua pada Ogos depan.

Terra bakal menjengah pasaran Thailand dan Indonesia pada tahun ini, sebelum diikuti oleh Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.

Namun, Malaysia nampaknya tidak termasuk dalam senarai yang akan menerima Terra buat masa sekarang.

Jentera yang akan bersaing secara langsung dengan Toyota Fortuner, Mitsubishi Pajero Sport, Isuzu MU-X, Ford Everest dan Chevrolet Trailblazer itu dibangunkan di atas platfor trak pikap Navara NP300.

SUV tujuh atau lima tempat duduk itu didatangkan dengan kerusi yang boleh dilipat rata. Sekali gus menjadikannya kenderaan yang ideal untuk kegunaan keluarga, kerja dan riadah.

Sebagai sebuah jentera untuk tujuan lasak, Terra boleh mengharung air setinggi 450mm tanpa sebarang masalah. Biarpun begitu, angka konservatif  itu sebenarnya agak rendah jika dibandingkan dengan pesaingnya seperti MU-X (600mm), Fortuner (700mm), Pajero Sport (700mm), Trailblazer (800mm) dan Everest (800mm).

Terra dikuasakan oleh enjin turbo diesel empat silinder yang mampu menjana kuasa mencecah 190hp dan tork 450Nm.

Buat masa sekarang, kapasiti produksi kilang Nissan di Thailand adalah sebanyak 295,000 unit kenderaan setahun. Daripada jumlah itu, 200,000 unit ialah kereta, manakala bakinya ialah trak pikap.

Share this post

scroll to top