Artikel PilihanBuletin

WANITA INI SEWA LAMBO DI SWISS, BERJAYA LARIKAN KE LONDON DAN IA SUDAH GHAIB!

Jenayah curi kereta bukanlah perkara baru. Ia berlaku di seluruh dunia dan pengeluar sentiasa menaiktaraf sistem keselamatan kenderaan masing-masing demi mengatasi teknologi pencuri hari ini. Pun begitu, pencuri sentiasa memikirkan idea untuk melarikan kereta sebab itu memang kerja mereka pun.

Ini adalah laporan yang diterima oleh polis Sittzerland mengenai sebuah kereta Lamborghini yang dilarikan oleh seorang wanita. Pemiliknya, sebuah syarikat sewa kereta Scheiwiller Automotive membuat laporan polis selepas gagal menghubungi penyewa tersebut selepas beberapa jam i keluar dari premis mereka.

BACA: PENCURI DITANGKAP KERANA TAK PANDAI PANDU MANUAL

Syarikat ini cuba mengesan kereta mereka menerusi alat GPS yang dipasangkan pada kenderaan tersebut. Mengejutkan, kereta tersebut telah merentasi selat INggeris dan berada di London. Lebih tepat, di daerah Kensington / Knightsbridge. Namun sewaktu proses pencarian secang dimualakan, pencuri tersebut telah berjaya memati dan mengeluarkan sistem GPSnya.

Apa yang pelik?

Polis mengesyaki sesuatu bila melakukan siasatan dan mendapati, kad identiti “wanita” warga Ireland tersebut sebenarnya tertera jantina seorang lelaki. Apa yang lebih menarik juga, kakitangan syarikat sewa kereta tersebut tidak perasan yang informasi di dalam salinan tersebut tidak tepat dan sepatutnya, ia sudah boleh dikesan dari peringkat awal.

Yalah, benda dah jadi. nak buat macamana…

Pemilik syarikat sewa kereta tersebut telah menawarkan hadiah 5,000 Swiss Francs kepada sesiapa yang memberi maklumat mengenai kereta tersebut.
Google ads
Back to top button