Buletin

WESTSTAR MAXUS LANCAR G10

Mahu dapatkan sebuah kenderaan yang mampu mengangkut 10 orang penumpang, tetapi kurang bajet untuk membeli jentera jenama Jepun atau Eropah?

Westar-Maxus-G10-mekanika (6)

Jangan bimbang, Westar Maxus ada penyelesaian buat anda. Sebabnya, Westar Maxus baru sahaja melancarkan MPV bersaiz besar yang dinamakan sebagai G10.

Mempunyai kapasiti tempat duduk sehingga 10 orang, G10 ditawarkan dalam dua varian iaitu Luxury dan Sport. Harganya pula ialah RM136,000 untuk Luxury dan RM139,888 bagi model Sport.

Westar-Maxus-G10-mekanika (1)

Kedua-duanya digerakkan oleh enjin TGI bersesaran 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 225hp dan tork 345Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

“Sehingga hari ini, lebih 120 unit G10 telah ditempah. Kami mensasarkan untuk menjual 500 unit G10 pada tahun ini. Kami juga merancang untuk menjalankan operasi CKD menjelang September depan dan mengeksport G10 ke negara ASEAN mulai tahun 2017,” kata Pengarah Urusan Weststar Group, Tan Sri Syed Azman.

Westar-Maxus-G10-mekanika (7)

G10 boleh didapati dalam tiga warna menarik iaitu, hitam putih dan emas. Kenderaan itu hadir bersama jaminan selama tiga tahun dan servis percuma untuk setahun.

Weststar Maxus memegang hak pengedaran kenderaan SAIC di rantau Asia Pasifik. Ia kini mempunyai 15 buah cawangan jualan dan 32 pusat servis di seluruh negara.

Google ads
Back to top button