Buletin

GWM PERKENAL “WEY”- JENAMA MEWAH BARU NI WEY!

Kalau dah jenama bunyi acah-acah kelaut tu mestilah dari China. Saya masih ingat lagi ada satu produk penstabil voltage yang agak bagus juga dari China. Telah didiagnos dan kajian lapangannya catat keputusan yang agak baik, jenamanya? GUANG DAO.

Great Wall Motor (GWM) dari China baru-baru ini telah melancarkan sub jenama mewah baru dalam kumpulan perniagaan mereka – WEY.

“WEI, tengok kereta aku WEY!!!!”

Mesti macam tak kena kan? Tapi itulah, GWM ni bukanlah syarikat ayam, mereka antara gergasi automotif China. Ke 7 terbesar dengan penghasilan kenderaan lebih setengah juta unit setahun. WEY dikatakan diilhamkan dari nama pengasas GWM sendiri, Wei Jiajun.

BACA – KLON R25 CHINAMAHA R25

BACA – NINJA R350 TIRUAN DARI CHINA

Untuk nampak lebih kelas, model-model Wei menggunakan aksara-nombor. 3 model baru akan diperkenalkan tak lama lagi iaitu W01, W02 dan W03. Platformnya adalah SUV dan ianya akan dipamerkan pada pameran Shanghai Autoshow pada April tahun depan.

Kami pun tak sabar nak tunggu ni WEY!

 

wey-great-wall-motor-4

wey-great-wall-motor-3-001wey-great-wall-motor-3 wey-great-wall-motor-2 wey-great-wall-motor-1 wey-great-wall-motor-7 wey-great-wall-motor-6 wey-great-wall-motor-5

 

Google ads
Back to top button