Buletin

WRC 2018 RALI GUANAJUATO MEXICO – SÉBASTIEN OGIER JUARA LAGI!

Setelah sedikit tenggelam pusingan di Sweden, Sebastien Ogier kembali berada di landasan yang sepatut apabila menjuarai pusingan ketiga Rali Mexico yang tamat pada hujung minggu lalu. Kemenangan dilihat cukup dramatik apabila beliau yang ketinggalan daripada tempat kelima, berjaya memintas pendahulu, Sebastien Loeb setelah mendahului masa dengan baik sebelumnya.

BACA : WRC 2018 RALI SWEDEN – GILIRAN THIERRY NEUVILLE UNTUK MUNCUL JUARA

BACA : WRC 2018 MONTE CARLO – SEBASTIAN OGIER MUNCUL JUARA

Ogier terus konsisten ke hari terakhir saingan setelah berjaya mendahului pada hari sebelumnya dan berjaya meminimakan kesilapan dan terus kekal di hadapan. Ini adalah kejayaan kedua bagi musim 2018 dan sekaligus mencipta rekod kejayaan di Mexico sebanyak empat kali serta 42 kali kemenangan sepanjang karier beliau.

Menurut Ogier, berlumba di Mexico cukup istimewa. Tujuh kejayaan podium serta empat kemenangan adalah bukti kehandalan beliau menakluki lalun berbukit di Mexico.

Pelumba pasukan Citroen, Craig Breen yang beraksi cemerlang di Sweden tempoh hari terpaksa melepaskan tempat duduknya kepada Loeb untuk beraksi dalam beberapa pusingan WRC musim 2018. Dan Loeb yang kembali beraksi dalam pentas WRC setelah bersara beberapa tahun yang lalu dilihat berupaya untuk mencipta kisah dongeng yang indah apabila mendahului kesemua peserta dengan kelebihan 2 minit 30 saat.

Tayar yang pancit akibat terlanggar batu, sekaligus kehilangan kedudukan pendahulu ternyata sangat mahal harganya. Loeb terpaksa berpuas hati ditempat kelima keseluruhan walaupun bermula dengan cukup baik.

Manakala Kris Meeke juara tahun sudah yang sepatutnya berupaya untuk meraih podium kedua bersama kereta Citroën C3 tetapi terlibat dalam kemalangan pada ujian Ahad. Peluang tersebut digunakan oleh pelumba Hyundai, Dani Sordo untuk memintas. Mujur juga Meeke berjaya untuk terus kekal dalam saingan dan berpuas hati dengan kedudukan ketiga keseluruhan sekali gus mengutip mata berharga.

Pusingan berikutnya bakal dilangsungkan di bumi Perancis, Corsica Linea – Tour de Corse pada 5hb – 8hb April 2018. Tak sabar nak melihatkan kelibat si Raja, Sebastien Loeb beraksi di bumi sendiri. Mampukah beliau bangkit kembali? Atau pun Ogier masih mahu meneruskan penguasaannya di bumi sendiri?

Kedudukan Kejuaraan WRC Terkini

1. Sébastien OGIER – 56 mata

2.  Thierry NEUVILLE – 52 mata

3.  Andreas MIKKELSEN – 35 mata

4.  Kris MEEKE – 32 mata

5.  Jari-Matti LATVALA – 31 mata

Google ads

B K

Back to top button