WSBK PERLUKAN BINTANG MOTOGP UNTUK TARIK PENONTON – JONATHAN REA

SHARE

Jaguh tiga kali WSBK (World Superbike Championship) Jonathan Rea memberitahu, kejohanan itu memerlukan “bintang” MotoGP untuk meningkatkan popularitinya.

Beberapa tahun kebelakanganini, WSBK bergelut dengan masalah kekurangan penonton, biarpun telah menukar beberapa format pelrumbaan dan penyesuaian peraturan teknikal. Ia dilakukan untuk menjadikan perlumbaan lebih menarik, namun kesannya masih kecil.

BACA: JONATHAN REA SEBENARNYA TIADA LESEN MOTOR PUN

Sementara itu, perlumbaan MotoGP terus popular menerusi semua platformnya. Kejohanan tersebut mendapat sambutan seluruh dunia baik dari sudut penganjuran, kedatangan penonton ke litar malah nilai hak siaran televisyen terus meningkat setiap tahun.

Jonathan Rea, yang menguasai perlumbaan WSBK bersama pasukan Kawasaki sejak tiga tahun lepas mencatatkan tiga kejayaan berturut-turut dan 63 kejuaraan. Beliau percaya, membawa masuk “bintang” MotoGP mampu melonjakkan persepsi awam terhadap bakat pelumba WSBK.

“Ia adalah perlumbaan yang ‘cool’,” ujar beliau ketika diminta mengulas popularity WSBK ketika perlumbaan pusingan Misano berlangsung minggu lalu.

“Kadangkala semua pelumba yang baik tidak semestinya sentiasa mendapat motosikal yang bagus, dan saya rasa, WSBK adalah perlumbaan yang bagus.

 

Share this post

scroll to top