BuletinMotosikal

YAMAHA 125ZR MOVISTAR? ADAKAH INI MODEL TERAKHIR YAMAHA 2 LEJANG DI PASARAN?

Umum mengetahui bahawa produksi motosikal 2 lejang sudah menuju ke penghujung hayatnya. Peraturan yang semakin ketat tidak memungkinkan model-model baru motosikal berasap ini akan terus berada di jalanan. Realitinya, peraturan sudahpun dipersetujui sesama pengeluar dan model yang ada di pasaran adalah model sedia ada sahaja. 

Tiada model baru yang akan diluluskan untuk jualan. Model yang sudah ditamatkan pengeluaran pun tidak akan mendapat akses produksi semula seperti Kawasaki RR dan RX-Z dan dalam pasaran hari ini cuma ada Yamaha Y15ZR dan Modenas Dinamik. Selain daripada itu ialah mesin potong rumput sahaja yang pakai enjin 2 lejang.

Kedengaran sejak beberapa tahun lalu bahawa “ini adalah model terakhir” Yamaha 125ZR akan ditamatkan pengeluarannya. Tapi. elok-elok saja dia masuk kedai dan dapat warna baru lagi. Warna kuning – hitam adalah varian terbaru yang diperkenalkan tahun lepas.

Walaupun ramai yang buat spekulasi 125ZR biru GP adalah model yang terakhir, nampaknya Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) masih belum beri petunjuk jelas bahawa mereka akan menamatkan pengeluaran model dua lejang ini.

Kami bertanya juga kepada penggiat industri. Sebenarnya dari segi polisi, motosikal dua lejang sepatutnya sudah ditamatkan sepenuhnya namun pengeluar masih boleh membuat rayuan untuk meneruskan produksi.

Semalam, tersebar pula foto intipan sebuah 125ZR menggunakan kit badan Movistar. Adalah dipercayai, foto tersebut dirakam dalam kompaun kilang Yamaha.

Terdapat deretan motosikal 125ZR yang telah siap dipasangkan dengan kesemua komponen kecuali kit badan. Dalam satu foto lain, sebuah Yamaha 125ZR telah dipasangkan dengan kit Movistar biru yang lengkap.

125ZR MOVISTAR DAH BASI?

Mungkin ramai yang sangka ada edisi 125ZR Movistar sebelum ini, tapi sebenarnya TIDAK ADA.

HLYM tidak pernah mengeluarkan 125ZR secara rasmi dari kilang mereka. Yang ada di pasaran sekarang ialah set custom dari pihak ketiga. Ada juga kedai motosikal yang memasang siap kit Movistar ini dan kemudiannya menjualnya sebagai set Movistar 125ZR standard – kesian siapa yang kena tipu.

BACA: YAMAHA FZ150i MOVISTAR DAN KENNY ROBERTS

Sama macam kes FZ150i Movistar dan Ulangtahun ke 60 Yamaha warna kuning. Semuanya dibuat secara bebas oleh pihak ketiga, tiada kaitan dengan HLYM.

Hari ini pun terdapat banyak pilihan kit 125ZR di pasaran. Cuma ia bukanlah keluaran produksi kilang atau disebut “Orimoto”

Foto Yamaha 125ZR Movistar dari coverset125z.blogspot.my

APA BEZA ORIMOTO DAN COVERSET BIASA?

Bagi peminat motosikal tempatan, ia tentang nilai. Lihat sahaja harga kit badan Y125ZR GO!!!!!! dan Y125ZR 46. Ia melonjak naik bila produksi sudah tidak lagi ada di pasaran. Ia tentang eksklusiviti yang minatnya dikongsi sesama peminat Yamaha khususnya.

Lihat juga harga pasaran cover set RX-Z. Tengok model Energy dan Catalyzer. Cover set sahaja dah sama dengan motor Modenas sebijik.

Sampaikan Abang Japar pun kadang-kadang tak faham. Kalau yang kondisi elok tu boleh terima lagi lah. Ini ada nak jual motor RX-Z harga Ya Rabbi mengarut dengan bodypart macam kena kusta, kulit enjin berkarat, meter dah kusam, jarum mengigil.  Orimoto katanya.

(*^(*$#%*^$*(&%&#!!!!!!

SUMBER 125Z CLUB

Google ads
Back to top button