Buletin

YAMAHA EGO AVANTIZ KINI DENGAN WARNA DAN GRAFIK BAHARU – HARGA KEKAL RM5,700 SEUNIT

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini mengumumkan ketibaan Yamaha Avantiz dengan warna dan grafik baharu.

Skuter entry level untuk tahun 2018 itu kini didatangkan dalam warna biru, kuning dan merah. Pengenalan tersebut dibuat bagi memberi lebih keterujaan kepada peminat skuter di Malaysia.

Dikenali sebagai Mio Soul 125 di pasaran Indonesia, jentera itu digerakkan oleh unit enjin 125cc SOHC silinder tunggal dengan sistem pancitan bahan api dan penyejukan udara.

Enjin itu mampu menjana kuasa sehingga 7kw @ 8,000rpm dan tork 9. 6Nm @ 5,500rpm. Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada tali sawat V automatik. 

Dilengkapi teknologi BLUECORE, skuter tersebut menjanjikan prestasi yang mengujakan dan jimat bahan api.

HLYM juga mengesahkan bahawa harga Avantiz kekal seperti sebelum ini iaitu RM5,700 seunit. Jentera ini akan berada di pasaran mulai minggu ini.  

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button