BuletinMotosikal

YAMAHA FZ150i 2017- ADAKAH INI PETANDA M-SLAZ AKAN SAMPAI TAK LAMA LAGI?

Ini segmen yang sangat terbuka tetapi pemainnya sedikit. Yamaha membuka jalan dengan pengenalan motosikal naked street bike 150cc dengan teknologi suntikan bahanapi pada 2008. Ia adalah motosikal 4 lejang yang diperkenalkan sebagai “gantian” kepada RX-Z yang maha popular di kalangan peminat motosikal tempatan.

Walaupun jualannya tidak serancak RX-Z dek kerana penerimaan model 4 lejang bagi segmen street bike yang belum boleh diterima sepenuhnya, FZ150i masih bertahan kerana tiada saingan dalam kategorinya dari rakan-rakan jenama Jepun yang lain.

Model pertamanya mungkin kelihatan tidak terlalu mengancam tetapi model facelift yang diperkenalkan pada 2014 mendapat sambutan yang lebih baik.

BACA: BAJAJ NS200 PENCABAR FZ150i

Ia mungkin didorong oleh pemberhentian sepenuhnya model RX-Z pada 2010. Jadi ketiadaan model paling berpengaruh Yamaha Di Malaysia sedikit sebanyak memberi idea kepada Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) melakukan beberapa pembaharuan dan yang terkini adalah model dengan skema warna baru.

Pengenalan warna Kuning, Biru dan Merah dengan grafik baru ini dibuat menggantikan warna keluaran sedia ada. Harga jualannya kini ialah RM 9,156.28 termasuk GST (tanpa insurans dan cukai jalan).

Menurut HLYM, model baru ini akan berada di pasaran minggu hadapan di semua pusat jualan Yamaha. Bagi peminat segmen ini pula, sudah tentu tertanya-tanya adkah ini akan disusuli dengan model M-Slaz?

M-Slaz, versi sporty FZ150i

M-Slaz ialah versi FZ150i yang lebih premium. Model street-fighter itu dibina berdasarkan rangka Deltabox R15. Ia dilengkapi dengan suspensi hadapan jeni upside down 37mm di hadapan dan monoshock di belakang. Yamaha M-Slaz dipadankan dengan tayar bersaiz 110/70/R17 di hadapan dan 130/70/R17 di belakang.

Kepada mereka yang berkunjung ke pusingan perlumbaan cubprix tempatan, model ini sudah dipamerkan beberapa kali. Kami cuba mendapatkan maklumat lanjut dari HLYM namun tiada jawapan pasti kemasukan M-Slaz di pasaran tempatan. Secara teorinya juga, HLYM akan melancarkan skuter Aerox 155 terlebih dahulu. Jaid sama-sama kita nantikan kemunculannya nanti.

GALERI

Google ads
Back to top button