BuletinMotosikal

YAMAHA INDONESIA HENTIKAN PENGELUARAN AEROX 125, FOKUS AEROX 155 SEPENUHNYA

Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) telah menghentikan sepenuhnya penjualan model Aerox 125 bagi memberi laluan kepada model terbaru mereka Aerox 155 VVA atau kita kenalinya dengan NVX 155. Agak mengejutkan kerana di sebuah negara yang menggemari motosikal automatik, model Aerox 125 baru sahaja dilancarkan tahun lepas.

Namun permintaannya yang kurang memberangsangkan memaksa YIMM menyusun semula poliferasi produk skuter mereka. Sedia ada dalam pasaran ialah skuter kecil Mio dan Fino, skuter sport NMAX, Soul dan skuter “utiliti” X-Ride. Sudah tentu, perjudian paling besar ialah meletakkan Aerox 155 yang mendapat sambutan cukup hangat sejak dilancarkan beberapa bulan yang lepas.

YIMM yakin, Aerox 155 bakal mengungguli pasaran dalam beberapa tahun akan datang. Permintaan tinggi bagi pasaran skuter Maxi kelas sederhana ini juga menyaksikan kemasukan XMAX 250cc pada tahun ini menjadikan pasaran Indonesia kini lebih banyak pilihan komuter automatik dua roda saiz sederhana.

Aerox 155 VVA dilihat sebagai penggantik terbaik Aerox 125 dengan segala teknologi termaju yang dicurahkan padanya. Ia menggunakan lampu hadapan LED dan dilengkapi speedometer digital sepenuhnya dengan Multi Information Display (MID) bersasiz 5.8 inci. Ia memaparkan pelbagai maklumat seperti indicator VVA, bateri, Odometer, trip meter, purata penggunaan bahan api, jam digital dan meter rpm.

Yamaha NVX spesifikasi Indonesia

Sedia maklum bahawa Aerox atau NVX 155 menggunakan enjin yang sama dengan skuter NMAX. Ia dijana oleh enjin empat lejang SOHC dengan sistem penyejukan cecair. Enjin silinder tunggal itu mampu majana kuasa  14.8hp dan tork 13.8Nm @ 6,250rpm. Kuasa enjin itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi V-belt automatik.

Malaysia akan menerima Aerox 155 dengan nama NVX 155 tidak lama lagi. Daripada sumber maklumat yang kami perolehi, NVX akan dilancarkan seawal bulan Jun nanti dengan tiga varian pilihan

BACA: NVX 155 AKAN DILANCAR SEAWAL JUN 2017

Google ads
Back to top button