YAMAHA LANCAR MOTOR BARU MINGGU DEPAN. ADAKAH Y15ZR V2?

SHARE

Minggu depan akan berlangsung persidangan tahunan pengedar jenama Yamaha yang bernaung di bawah Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Seperti tahun-tahun sebelumnya, biasanya akan ada model baru dilancarkan bersempena dengan acara tersebut.

Spekulasi mula bertiup seawal bulan ini bahawa HLYM akan memperkenalkan Yamaha Y15ZR V2 untuk pasaran Malaysia. Model ini telah dilancarkan di Vietnam (Exciter 150) pada Ogos tahun lalu dan Indonesia (MX King 150) pada Disember lepas.

BACA: YAMAHA EXCITER 150 V2 DILANCARKAN DI VIETNAM

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

BACA: YAMAHA MX KING V2 TERJAH PASARAN INDONESIA

Kini masanya sudah semakin hampir kerana mengikut maklumat yang kami terima, Y15ZR V2 akan dilancarkan pada tahun ini juga. Cuma, di acara yang mana dan bulan bila tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Ia adalah model yang dinantikan oleh geng Bossku yang fenomenanya sampai ke Dato Seri Najib pun terbabit sama. Kemeriahan Y15 memang tidak dapat dinafikan lagi apa lagi dengan ciri baru pada V2 yang lebih moden dan menarik.

Antara ciri menarik yang ada pada Y15ZR V2 ialah

1. LAMPU HADAPAN LED

Ia rekaan yang baru sepenuhnya. “Kepala” Exciter 2019 ini telah direka baru bagi menampatkan lampu yang lebih tipis dengan tiga kolum berbeza. Ia juga sudah dilengkapi dengan mentol lampu LED menggantikan mentol halogen. Selain lebih terang, LED juga menjimatkan tenaga.

Lampu isyarat membelok juga sudah datang dengan LED yang merupakan peneraju dalam kelasnya.

2. METER DENGAN SKRIN LCD

Perubahan besar yang kedua ialah paparan meter yang didatangkan dengan LCD sepenuhnya. Ia juga hadir dengan latarbelakang biru seperti Yamaha NVX, tetapi dengan saiz lebih kecil.

Paparan informasi meter ini cukup lengkap seperti kelajuan, jarak perjalanan, penggunaan bahanapi dan tolok bahanapi.

3. “KUNCI PANGGILAN” (ANSWER LOCK KEY)

Maaf. kami tak berapa jelas untuk menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu. Ini adalah fungsi yang membolehkan motosikal dikesan seperti sistem penggera. Khasnya ketika motosikal diparkir di kawasan motosikal yang banyak.

4- LAMPU “PASS LIGHT”

Sama seperti kebanyakan motosikal berkuasa tinggi, ia adalah suis lampu tinggi dengan pembalik untuk memudahkan penunggang memberi amaran kepada pemandu di hadapan.

BACA: YAMAHA Y15ZR PALING PELIK DI DUNIA

Ia berguna untuk memberi perhatian kepada pemandu di hadapan atau trafik dari arah bertentangan.

5. SUIS PEMATI (KILL SWITCH)

Ini juga adalah fungsi yang biasa didapati pada motosikal berkuasa tinggi. Dalam segmen ini, Exciter 2019 bakal menjadi yang pertama menggunakannya.

Ia berfungsi sebagai suis pemati utama tanpa perlu memutarkan kunci.

6. TAYAR HADAPAN LEBIH BESAR

Umum mengetahui bahawa saiz tayar hadapan Y15ZR adalah yang paling kecil dalam kelasnya. Model 2019 akan menggunakan tayar bersaiz 90/80-17 bagi menggantikan saiz semasa 70/90-17.

Walau bagaimanapun, saiz roda belakang masih sama dengan 120/70-17.

BACA: 5 PERUBAHAN DIMENSI EXCITER 2019

Share this post

scroll to top