BuletinMotosikal

YAMAHA MENANG ANUGERAH RED DOT 2018 – 7 TAHUN BERTURUT-TURUT!

Biasanya apabila kita baca tentang Anugerah Red Dot ialah tentang kenderaan KIA yang dah acap kali memenangi anugerah tentang reka bentuk ini. Anugerah Red Dot juga berjaya menaikkan prestij jenama KIA memandangkan ia adalah pengiktirafan yang bernilai tinggi.

Sudahnya apabila asyik KIA yang menang, ada tidak jenama lain yang menang? Motosikal pula organisasi mana yang bagi anugerah? Mekanika? Majalah Kaki Kereta? Abang Japar?

Red Dot juga mengiktiraf reka bentuk motosikal dan jika KIA selalu menang, Yamaha pula acap kali menang dalam anugerah ini.

Terbaru ialah dua motosikal Yamaha TMAX530 DX dan XMAX 300 telah menang anugerah Red Dot: Product Design 2018.

Kemenangan ini ialah kali ketujuh berturut-turut buat Yamaha sejak pertama kali dianjurkan pada 2012. Selain itu, kedua-dua motosikal itu juga cemerlang apabila telah memenangi dua anugerah reka bentuk iaitu Good Design Award 2017 dan iF Design Award 2018.

Yamaha XMAX 300

Satu perkara menarik tentang TMAX530 DX ialah gabungan dan keseimbangan di antara dua faktor berlawanan dalam satu pakej. Ia adalah motosikal komuter yang selesa tetapi mempunyai ciri-ciri sporti dari segi pecutan dan pengendalian yang biasanya terdapat pada motosikal sport.

Motosikal yang berada dalam segmen komuter sport ini dipelopori oleh Yamaha apabila model TMAX mula diperkenalkan pada tahun 2001.

Yamaha XMAX 300 pula adalah model gantian kepada XMAX 250 yang menerima banyak reviu positif dan popular di Eropah. 

Ia popular kerana sedap ditunggang dengan gayaan sporti selain daripada kombinasi di antara keselesaan dan fungsi yang praktikal untuk perjalanan di bandar dan berulang-alik.

Yamaha XMAX 300 diposisikan di tengah barisan siri MAX dan ia turut dijual di peringkat global. Di Malaysia, siri MAX turut dipasarkan iaitu NMAX 155 dan XMAX 250.

BACA: TUNGGANG UJI: YAMAHA NVX 155 VVA, INILAH SKUTER SPORTY SAYA

BACA: YAMAHA Y15ZR WARNA BARU 2018 – KUNING DIRAJA!

Google ads
Back to top button