BuletinMotosikal

YAMAHA MT-09 DIKEMAS KINI UNTUK PASARAN JEPUN

Sejak diperkenalkan pada 2013, Yamaha sedar MT-09 perlu jadi sebuah motosikal naked untuk semua. Ia meletakkan posisi baru pada kategori middleweight dengan fokus untuk menghasilkan motosikal yang berkuasa dan senang dikendali.

BACA: TUNGGANG UJI YAMAHA MT-09

Walaupun masih belum berjaya mengatasi jualan Triumph Street Triple di Eropah, MT-09 mendapat lebih keyakinan pembeli dari benua Asia. Empat tahun selepas dilancarkan, model 2017 ini merupakan perubahan paling besar setakat ini.

Model ini menerima peningkatan penuh sistem suspensi depan dengan fork rekaan baru. Fork bersaiz 41mm dengan kompresi baru pada bahagian kiri, sementara pelarasan dibuat pada tiub sebelah kanan.

Ia dijangka berada di pasaran domestik Jepun pada minggu hadapan. Masih mengekalkan konfigurasi enjin sedia ada, Yamaha MT-09 2017 dikuasakan oleh enjin tiga silinder 845cc DOHC 4 injap yang menghasilkan 116PS @ 10,000rpm dengan tork 87Nm @ 8,500rpm

Bukan sahaja dari sudut teknikal, bahagian kosmetik juga berubah dengan rupa yang “dipindahkan” dari MT-10.

EICMA 2016: YAMAHA MT-09 2017

Tidak lagi menggunakan lampu halogen tapi kini datang dengan rekaan sepasang “mata” LED ala Transformers. Kedudukan lampu membelok dialih ke sisi radiator dan kedudukan instrumen meter ditolak sedikit ke depan.

Lampu belakang model 2017 juga jenis LED yang dipasang pada sub-frame ekor belakang yang nampak lebih pendek. Pendek? Ye. Ekor MT-09 ini kurang 1 -2 inci berbanding model semasa.

Pelana asal juga diubah dengan lebih rata dan lebih tinggi 0.2 inci. Kalau anda perasan, tiada pemegang nombor pendaftaran mud guard. Sebaliknya, ia kini menggunakan splash guard yang dipasang terus pada lengan ayun.

Antara perubahan kosmetik yang boleh dilihat ialah skup udara lebih besar, “sisik” radiator yang direka semula, jeriji pada bahagian cowling ekor dan peredam bunyi lebih rata.

Model 2017 ini juga didatangkan dengan tiga pilihan warna baru. Badan kelabu dengan rim kuning fluorescent, badan biru dan rim biru serta warna hitam matt sepenuhnya.

 

 

Google ads
Back to top button