YAMAHA NVX 2019 TERIMA PERUBAHAN SUSPENSI DAN WARNA BARU

SHARE

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah melancarkan edisi baru skuter sporty Yamaha NVX ke pasaran tempatan hari ini.

Model untuk pasaran tahun 2019 ini didatangkan dengan sistem suspensi belakang yang dipertingkatkan, iaitu suspensi dengan sub tangki yang meningkatkan kualiti pengendalian skuter ini.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Mobile

Suspensi sebelum ini adalah model asas yang hanya menggunakan sistem konvensional iaitu pegas gegelung dan penyeraphentak bindalam.

Pelanggan juga boleh memilih tiga pilihan warna dan grafik baru yang terdiri dari Race Blu, Fiery Red dan Active Yellow.

Model ini akan berada di pasaran pada pertengahan Disember. Harga jualannya ialah RM9,988.

Share this post

scroll to top