BuletinMotosikal

YAMAHA NVX EDISI TERBARU DARI VIETNAM. SEPERTI BIASA, CANTIK DAN SPORTY

Harus diakui bahawasanya kalau bercakap tentang reka grafik dan tema, Yamaha Vietnam (dan Honda juga) memang menarik kalau dilihat pada hasil motornya.

Di Vietnam, skuter sporty ini masih dipanggil NVX sama seperti Malaysia. Sementara di Indonesia dan Thailand ia dikenali sebagai Aerox 155 VVA.

BACA: MAKE-UP YAMAHA NVX DARI THAILAND

Beza VIetnam dengan Malaysia ialah di Vietnam, ia datang dengan dua pilihan spesifikasi. Model asas tanpa ABS dan sistem keyless sementara model spesifikasi tinggi datang dengan sistem keyless, ABS dan satu lagi yang kita tak ada, suspensi belakang Kayaba dengan sub tank.

Dan Yamaha Motor Vietnam baru mendedahkan versi 2018/2019 yang baru.

Secara peribadi, kami suka yang ini, versi ABS dengan tema warna titanum dan jalur oren.

Warna matte hitam ini pun boleh tahan juga sebenarnya…

Dan ada warna biru yang lebih gelap dari versi biru/silver keluaran NVX Malaysia…

Dan yang ini pula, merahnya nak dekat kepada maroon dan sekali pandang lagi dah macam nak masuk warna ungu ke merah jambu ni?

Apapun, kalau anda berminat, tunggu sahaja tak lama lagi pasti ada reseller yang menjualnya.

GALERI

 

Google ads
Back to top button