Buletin

YAMAHA SAH JALIN KERJASAMA DENGAN SIC – ANGEL NIETO UNTUK MOTOGP 2019

Semalam kami siarkan berita seperti yang dilaporkan oleh MotoGP.com bahawa SIC telah bersetuju mengambil alih penyertaan asukan Angel Nieto Racing Team (ANRT) dalam kelas MotoGP. 

SIC akan menguruskan pasukan ANRT sementara Jorge Martinez “Aspar” akan bertanggungjawab sebagai Penasihat Pasukan. 
 
Sejurus selepas itu, Yamaha Motor Co telah mengesahkan telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama SIC (Sepang International Circuit).
 
Yamaha bersetuju menawarkan motosikal Yamaha YZR-M1 kepada pasukan tersebut untuk musim 2019, 2020 dan 2021 untuk FIM MotoGP sebagai pasukan satelit. 
 
Google ads
Back to top button