YAMAHA Y15ZR 2018? ADAKAH INI Y15ZR MOVISTAR YANG TERBARU?

SHARE

Kami menerima foto ini beberapa hari lepas. Ia kelihatannya sebuah motosikal Yamaha Y15ZR biasa sahaja. cuma dipakaikan dengan coverset baru dengan livery Movistar dengan logo berwarna putih.

Sedikit istimewa ialah foto ini kelihatannya diambil dalam kawasan pegeluaran kilang, dipercayai dari kompaun pemeriksaan akhir kilang Hong Leong Yamaha Malaysia.

Kami masih menantikan pengesahan daripada sumber yang boleh dipercayai. Terdapat sumber tidak rasmi mengatakan ia adalah model Yamaha Y15ZR edisi 2018. 

Apapun kami akan mengemaskini sebaik mendapat maklumat yang boleh disahkan. 

Jika dilihat pada foto ini, kelihatan sedikit kemasan berbeza iaitu logo Movistar kini berwarna putih dan rim sudah kembali ke warna asalnya, biru. 

BACA: EDISI TERAKHIR DAN TERHAD, YAMAHA Y125Z MOVISTAR

Yamaha Y15ZR edisi Movistar ialah model keluaran khas yang diperkenalkan setiap tahun, lazimnya bersempena dengan pusingan MotoGP yang akan berlangsung di Sepang.

Ia telah diperkenalkan setiap tahun bermula 2015, 2016 dan 2017

Secara teknikalnya, ia adalah model asas Yamaha Y15ZR dengan perbezaan livery dan monoshock belakang dengan pegas gegelung berwarna kuning.

Selain dari itu, ia adalah sama dengan model Y15ZR yang lain.

KEMASKINI: SAH. INI YAMAHA Y15ZR EDISI GP 2018

Share this post

scroll to top