YAMAHA Y15ZR MEMANG ADA DIJUAL DI JEPUN! RM12,700

SHARE

Semalam, ketika kami kongsikan status sekeping foto Yamaha Y15ZR yang dirakam di Jepun, ramai yang agak terperanjat. Jangankan pembaca, kami pun sama terkejut kerana sepanjang Abang Japar pergi Jepun, motosikal kapcai adalah benda terakhir yang akan kau harap untuk berjumpa. 

kredit foto  fendy pardy

Melainkan Honda Cub, tiada kapcai dijual dijepun secara rasmi oleh pengeluar mereka. Ya. Walaupun motosikal popular seperti Yamaha Y15ZR sangat laris di benua Asia Tenggara, ia tidak ditawarkan di negara asalnya. Trend Jepun dan negara-negara maju yang bagi motosikal 100cc – 200cc ialah skuter.

Semakan di laman web Yamaha Motor Jepun juga gagal menemukan kami dengan sebarang info mengenai foto tersebut.

Semakan dengan kawan-kawan di Jepun juga mendapati… jawapannya negatif. Tiada dijual menurut teman di sana dan yang dah tinggal bertahun di sana pun tak pernah jumpa motosikal ni…

Ada beberapa kemungkinan. Samada ia diimport masuk secara persendirian, ataupun ia dibawa pulang sebagai bahan kajian oleh jurutera Jepun.

Tapi… bila imej kedua ini muncul, sekali lagi, kami dapat rasakan memang motor ini ada dijual di negara matahari terbit itu.

Kami terus menyemak dengan beberapa laman web, forum, laman jualbeli jepun popular seperti webike dan akhirnya ini yang kami temui…

Sebuah syarikat kecil di Jepun yang bernama Riverside. Riverside sebenarnya ialah pengedar jenama Kawasaki di Jepun. Mereka juga dikenali sebagai KGS Riverside (Kawasaki Green Shop)

Di samping menjual jenama Kawasaki, syarikat yang terletak di Sumida, Tokyo ini juga mengusahakan perniagaan motosikal berkapasiti kecil yang diimport serta aksesori motosikal terbabit.

Mereka bukan sahaja membawa masuk Y15ZR malah, spark 135 (LC135), Suzuki Belang, M-Slaz, Kawasaki ZX130 (Modenas X-Cite), Kawasaki Z125 dan Honda Wave 125.

Selain daripada motosikal, mereka juga membekalkan aksesori untuk Honda CBR150R, Ninja 250 dan berbagai lagi.

MOTOSIKAL DARI THAILAND DENGAN JAMINAN

Kesemua motosikal ini diimport masuk dari Thailand. Termasuklah Y15ZR yang mana jika anda perhatikan dengan teliti pada bahagian pelekat keselamatan di bawah, tertera tulisan Thailand.

Mereka bukan sahaja menjual motosikal ini semata-mata, ia turut disertakan dengan jaminan perbatuan sehingga 10,000 kilometer.

Harga jualan bagi sebuah Yamaha Y15ZR versi biasa ialah 348,000 yen (RM12,700) dan 368,000 yen (RM13,500) untuk edisi Movistar. Tidaklah zionis sangat kalau nak bandingkan dengan kapasiti perniagaan mereka.

Motosikal ini dibawa dalam jumlah yang kecil, cuma beberapa buah sahaja bagi setiap model.

Jadi. Jelas lah sudah apa yang anda semua rasa foto semalam adalah tipu tapi sebanrnya ia memang betul. Di sebuah negara di mana sektr automotifnya adalah punca utama, rakyat Jepun juga memang sukakan motor dan kereta.

Rancangan kami adalah begini.

Tahun depan, kami akan melawat kedai ini dan dah pun kami semak, tak jauh dari tempat yang biasa kami pergi.

Kami ingat pun nak ambil booking nanti mana tahu ada yang nak tempah Y15ZR Jepun.

JDM ni kot.

BACA: YAMAHA Y15ZR V2 SAH DILANCAR TAHUN DEPAN

GALERI

Share this post

scroll to top