YAMAHA Y15ZR MENANG LAGI – RAMDAN ROSLI JUARA 150CC DI CUBPRIX JEMPOL

SHARE

Mohd Ramdan Rosli berjaya mengatasi masalah gear menjelang perlumbaan akhir untuk meraih kemenangan sulung CP150 musim 2017 pada perlumbaan pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.

Selepas aksi cemerlang sepanjang tiga pusingan lepas termasuk dua gelaran naib juara di Selangor (Pusingan 5) dan Melaka (Pusingan 6), pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu bergelut dengan masalah gear sepanjang sesi latihan yang menyaksikannya sekadar bermula dari petak kelapan.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Pelumba berusia 21 tahun itu menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 15’24.031s mengatasi pemenang tempat kedua, Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) dengan kelebihan 0.388s.

Md Iqbal Amri Abd Malek (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) berjaya meraih podium pertama setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 15’25.255s manakala pendahulu keseluruhan, Kasma Daniel Kasmayudin terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaan manakala pencabarnya, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) turut terjatuh namun berupaya meneruskan perlumbaan namun sekadar tamat di kedudukan ke-15.

“Setiap sesi latihan saya menggunakan pelarasan yang berbeza-beza dan sewaktu sesi Superpole, saya masih gagal untuk menyesuaikan diri dengan jentera saya. Saya mengalami masalah gear pada sesi Superpole dan terpaksa bermula dari petak kelapan,” jelas Ramdan.

Tambahnya, “Pada peringkat awal perlumbaan, saya tidak yakin mampu menamatkan saingan di atas podium. Namun selepas masuk pusingan ke-10, ditambah dengan ketiadaan rakan sepasukan, Kasma Daniel, saya berjaya berada di kelompok depan. Saya hanya mengekalkan rentak saya dan mencari peluang untuk memintas Adib. Saya gembira kerana dapat memenangi perlumbaan pertama dalam karier CP150 saya.”

Kemenangan ini meletakkan Ramdan di tangga keempat keseluruhan dengan 70 mata manakala Kasma kekal di tangga teratas dengan 125 mata. Ahmad Afif kedua dengan 100 mata manakala Ahmad Fazli Sham ketiga dengan 75 mata.

Sementara itu dalam saingan CP115, Mohd Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) meraih kemenangan kelima peribadi pada musim 2017 sekaligus semakin hampir untuk mempertahankan gelaran keseluruhan yang dimenangi pada musim lepas.

Akid yang bermula dari petak pertama menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’50.983s diikuti Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) kedua dengan masa 11:51.333s dan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) ketiga, 11:55.239s.

Selepas lapan pusingan, Akid kini mengumpul 155 mata dan hanya dua mata lagi diperlukan untuk mengesahkan gelaran keseluruhan ketika perlumbaan musim 2017 hanya berbaki dua pusingan sahaja. Rakan sepasukan Md Haziq Md Fairues berada di kedudukan kedua dengan 107 mata manakala Ahmad Syukran ketiga dengan 94 mata.

Dalam saingan Wira, Mohd Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech) muncul juara dengan masa keseluruhan 9’37.095s diikuti Mohd Aiman Azman (V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing) yang meraih podium pertamanya pada musim ini muncul naib juara dengan masa 9’39.905s dan Mohd Syafieq Aiman Fauzi (Elf Koyoko KC Racing Team) ketiga, 9’43.537s.

Kemenangan di Jempol meletakkan Mohd Aiman selesa di tangga teratas dengan untuk terus 132 mata manakala Syafieq Aiman kekal di tangga kedua dengan mengumpul 110 mata. Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam kekal di tangga ketiga dengan 103 mata.

KEPUTUSAN PUSINGAN 8, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

CP150

1 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:24.031s

2 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 15:24.419s

3 Md Iqbal Amri Abd Malek (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 15:25.255s

4 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 15:26.256s

5 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:29.545s

Kedudukan Keseluruhan

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 125 mata

2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 100 mata

3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 75 mata

4 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 70 mata

5 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 67 mata

CP115

1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:50.983s

2 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:51.333s

3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 11:55.239s

4 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:55.401s

5 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:55.545s

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 155 mata

2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 107 mata

3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 94 mata

4 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 72 mata

5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 66 mata

WIRA

1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 9:37.095s

2 Md Aiman Azman (SGR) V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing 9:39.905s

3 Md Syafieq Aiman Fauzi (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 9:43.537s

4 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 9:45.486s

5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 9:45.971s

 

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 132 mata

2 Md Syafieq Aiman Fauzi (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 110 mata

3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 103 mata

4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 87 mata

5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 73 mata

Share this post

scroll to top