YAMAHA YZF-R25 FACELIFT SEMAKIN HAMPIR. LAMPU LED DAN FORK USD

SHARE

Belum pun reda dengan berita Y15ZR mendapat versi facelift baharu di vietnam, pelancaran R15 oleh Hong Leong Yamaha Malaysia dan kali ini muncul pula berita mengenai R-25 pula.

Menurut laporan dari blog motosikal Indonesia iwanbanaran dan macantua, mereka mendakwa sudah memperolehi foto pertama Yamaha YZF R-25 versi facelift sedang diuji di jalanraya. Foto yang dikirim pembaca di sana itu agak kurang jelas, namun dari sosok tubuh (dan lampu belakang), ia agak jelas sebuah R25 dengan beberapa perubahan yang dapat dilihat.

BACA: HLYM LANCAR YZF-R25 BAHARU!

Antara perubahan yang boleh dikesan ialah, kehadiran rekabentuk lampu hadapan baru, dengan corong angin tirus seperti gaya sebuah R15.

Namun yang lebih jelas ialah sistem suspensi hadapan sudah menggunakan fork jenis USD (upside down).

Jika diperhatikan dengan teliti, kedudukan bar hendal juga lebih rendah untuk tunggangan yang lebih sporty.

BACA: YAMAHA VIETNAM LANCAR EXCITER 2018

Berdasarkan imej yang kurang jelas itu juga kelihatannya seperti sedikit pengubahsuaian dibuat pada bahagian fairing sisi tanpa banyak sisik lubang.

Cuma itu yang dapat dilihat buat masa ini. Namun jika Yamaha serius untuk memperbaharui R-25, sudah tentu, bahagian-bahagian lain akan ditingkattaraf juga. Ia termasuklah bentangan instrumentasi meter yang baru, dan mungkin talaan baru pada enjin.

Majalah Young Machine dari Jepun pernah membayangkan peningkatan yang sama terhadap R25 dan ini mungkin pilihan terbaik yang dibuat Yamaha.  

Ia penting bagi membolehkan model ini terus relevan apatah lagi dengan persaingannya yang cukup sengit di pasaran Indonesia bersama model Honda CBR250RR dan Kawasaki Ninja 250R 2018.

kredit iwanbanaran.com & macantua.com

GALERI

 

Share this post

scroll to top