BuletinMotosikal

MOTOSIKAL RETRO KAWASAKI AKAN DIPERKENALKAN OKTOBER DEPAN – Z900 RS

Kawasaki mungkin antara pengeluar motosikal moden yang tidak berapa berminat untuk melabur dalam penghasilan motosikal bertemakan retro klasik. Mereka pernah hasilkan W800 pada 2011 tetapi menghentikan pengeluarannya pada tahun lepas.

Sejak itu, Kawasaki tiada langsung rangkaian motosikal dalam segmen ini. Agak aneh kerana pasaran motosikal klasik mempunyai audiensnya tersendiri. Lihat sahaja rangkaian Street Twin dan Bonneville dari Triumph, BMW ada R-NineT malah pembuat motosikal sukan seperti Ducati pun ada Scrambler.

Ini adalah W800 – Kawasaki klasik moden yang dikeluarkan pada 2011-2016

Hari ini, Kawasaki mendedahkan satu video pendek kedatangan motosikal klasik terbaru mereka yang dijadualkan akan dilancarkan pada bulan hadapan di Tokyo Motorshow.

Berita baiknya, krew mekanika akan menghadiri pameran ini dan kami akan membawakan kepada anda secara langsung pelancarannya kelak.

BACA: 4 MODEL BARU BONNEVILLE DILANCARKAN

Sementara itu, saksikan dulu gambar acah-acah yang nampak memang klasik pun dalam video di bawah.

Google ads
Back to top button