MALAYSIAN ITASHA MOVEMENT

SHARE

Itasha atau “paintmobile” adalah istilah Jepun untuk trend Otaku (peminat tegar anime/manga) yang menghias badan kereta mereka dengan watak-watak fiksyen anime, manga, atau permainan video. 

DSC06292

Antara permainan video yang sering menjadi perhatian ialah bishōjo atau eroge serta vokaloid. Sebahagian besar watak-watak ini terdiri daripada watak heroin yang comel. Watak haiwan bagaimanapun tidak termasuk ya.

Hiasan biasanya melibatkan skim cat, pelekat ataupun airbrush. Kalau kereta dipanggil itasha, motosikal dan basikal pula dikenali sebagai itansha dan itachari.

DSC06293

Jika di Jepun, kelompok ini biasanya mudah dijumpai di sekitar Akihibara (Tokyo), Nipponbashi (Osaka) atau Osu (Nagoya).

Kuala Lumpur, Johor Bahru, Selangor, Sabah dan Sarawak ialah lokasi-lokasi awal yang menyaksikan trend ini mula berkembang. Di Malaysia, sekumpulan anak muda yang meminati trend ini menggelarkan diri mereka sebagai MIM (Malaysian Itasha Movement).

DSC06268

Mereka terdiri daripada individu berbilang bangsa dan agama, berbeza jenama dan size kereta, lain daerah dan kelab. Namun mereka bergabung atas dasar minat yang sama iaitu anime dan manga.

Pergerakan yang baru menyambut ulang tahun yang pertama itu telah menganjurkan konvoi pertama ke negeri ‘Rombau most wanted’, Negeri Sembilan atau lebih tepat lagi di ke pantai Port Dickson baru-baru ini.

DSC06253

Konvoi itu turut disertai olah kebanyakan ahlinya dari negeri-negeri berhampiran seperti Melaka, Selangor, Kuala lumpur, Perak dan Johor.

DSC06422

Otaku-otaku sekalian, mari sertai MIM di group facebook mereka iaitu di www.facebook.com/groups/malaysianitasha atau cari sahaja Malaysian Itasha di laman Facebook. Majulah anime untuk negara!

Galeri 

DSC06270DSC06285DSC06286DSC06290DSC06297DSC06299DSC06300DSC06301DSC06302DSC06305DSC06306DSC06307DSC06308IMG_3990IMG_3994

 

 

(Visited 169 times, 3 visits today)

Share this post

scroll to top