5 KELEBIHAN FORGED RIM BERBANDING SPORT RIM CAST IRON

SHARE

Sebelum perkembangan dunia modifikasi dulu senang saja. Kau pergi kedai beli nak beli kereta jumpa jurujual tengok katalog bagi tahu nak model mana. Mana ada spec sheet dengan pelbagai aksesori wajib tetapi dicaj dengan harga mengalahkan performance parts. Mana taknya, sport rim buatan Rawang pun diletak harga RM2000 ke 3000 mengalahkan rim forged aftermarket. Lepas beli biasanya sebulan dah trade in dengan sport rim lain, nasib baik boleh trade in RM1000 sekali dengan tayar, nasib tak baik dapatlah RM500.

Okey tadi kami ada sebut pasal forged rim atau rim tempa. Apa kelebihannya? Apa pasal mahal sangat?

Kalau nak sebut tentang kelebihan, rim forged ni memang jauh lebih baik berbanding sport yang dihasilkan dengan cara cast iron ataupun rim besi biasa. Antara kelebihannya ialah:

  • Ia menawarkan penjimatan bahan yang lebih baik (sehingga 7 peratus).
  • Pengurangan keluaran CO2 (karbon dioksida).
  • Peningkatan keselamatan.
  • Memanjangkan hayat komponen suspensi dan brek.
  • Pemanduan yang lebih selesa.

Lebih Ringan

Rim forged memang telah diakui dan terbukti hampir 20 peratus lebih ringan berbanding rim cast iron. Itu tidak termasuk rim forged yang dihasilkan dari magnesium yang biasanya lebih ringan lagi dan mempunyai kemampuan menyerap gegaran lebih baik berbanding material logam lain.

Rim forged magnesium ultra-ringan pula biasanya digunakan untuk produk automotif terbaik dunia seperti supercar-supercar eksotik dan untuk perlumbaan berprestasi tinggi. Ia juga menjadi pilihan bagi kaki-kaki kereta yang berkemampuan kerana mampu mengurangkan berat keseluruhan kereta dengan cukup mudah.

Lebih Kuat

Rim yang dihasilkan dengan teknik forging ataupun tempa adalah sangat kuat dan tahan lasak menjadikannya lebih selamat kerana mempunyai molekul yang lebih padat. Ia juga tidak mempunyai masalah merekah seperti yang biasa dialami oleh pengguna rim cast iron.

BACA: TAYAR KERETA ANDA BUKANNYA PISANG – MICHELIN

Ia dicapai dengan penggunaan aloi gred aero angkasa yang kemudian dibentul dengan memggunakan mesin forging dengan daya tekanan hidraulik mencecah 10,000 hinga 15,000 tan kekuatan termasuklah proses pemanasan bagi memastikan ia cukup kuat. Jika berlaku hentaman semasa memandu pun, rim jenis ini tidak akan bengkok dan boleh diperbaiki jika diperlukan.

Ia berbeza dengan rim cast iron di mana material logam akan dipanaskan sehinggan menjadi bentuk cecair sebelum dituang ke dalam acuan. Sebab itulah ia mempunyai struktur molekul yang lebih lemah berbanding rim forged sekaligus menyebabkannya senang bengkok.

Tahan Lama

Rim forged biasanya dihasilkan daripada material gred tinggi contohnya magnesium yang mempunyai takat kepanasan melebihi logam biasa. Disebabkan itu jugalah ia boleh mengalihkan kepanasan daripada tayar dan brek dengan lebih baik. Ini sekaligus akan memanjangkan hayat komponen brek sekaligus menyumbang kepada faktor keselamatan.

Selain daripada itu macam kami cakap tadi, magnesium dan material logam berkualiti lain mempunyai ciri menyerap gegaran yang lebih baik. Ciri ini akan memanjangkan hayat komponen suspensi dan pada masa yang sama menawarkan lebih keselesaan kepada pemandu dan juga penumpang.

Cuma satu saja, disebabkan ia dihasilkan daripada material bermutu tinggi, harganya memang agak arwah. Tapi bagi yang mampu, kelebihan yang ditawarkannya memang setimpal dengan wang yang anda laburkan.

 

Share this post

scroll to top